Israel tolak desakan PBB

Israel tolak desakan PBB

Israel tolak desakan PBB

TEL AVIV 26 Jan. – Israel tidak akan menubuhkan suruhanjaya siasatan mengenai dakwaan jenayah perang yang berlaku semasa Perang Gaza tahun lalu, kata seorang menteri Yahudi hari ini.

Keputusan tersebut sekali gus bermakna mereka menolak desakan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan mengenai serangan tiga minggu ke atas Gaza.

Laporan itu adalah mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan disediakan oleh hakim dari Afrika Selatan, Richard Goldstone.

Sejak ia diterbitkan pada September lalu, PBB mahu Israel dan pergerakan Hamas melancarkan siasatan yang boleh dipercayai berhubung bukti askar dan pejuang mereka melakukan jenayah perang dan kemungkinan jenayah kemanusiaan.

“Tiada sebarang niat timbul untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan,” kata Menteri Diaspora dan Penerangan, Yuli-Alon Edelstein dari parti pemerintah, Likud.

Bercakap dari New York di mana beliau dijadual bertemu dengan pegawai PBB, dia menjelaskan Israel merancang untuk menghantar maklum balas rasmi ‘dalam masa beberapa hari’ mengenai dakwaan yang terkandung di dalam laporan Goldstone.

“Israel seperti mana yang diminta PBB, akan menyerahkan dokumen yang menjawab secara spesifik semua dakwaan yang dibuat,” kata Edelstein kepada Israel Radio.

Laporan Goldstone memberi masa selama tiga bulan kepada Israel dan Hamas untuk melancarkan siasatan berhubung dakwaan ‘serius’ mengenai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan serta tambahan tiga bulan untuk memaklumkan Majlis Keselamatan PBB mengenainya.

Israel setakat ini telah melancarkan penyiasatan tentera sendiri untuk menyiasat insiden yang mana askar Yahudi melakukan kesalahan namun tidak menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas ke atas ketenteraannya.

Ia menyebabkan berlakunya perdebatan dalaman antara Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan peguam negara Israel manakala Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu setakat ini masih berada ‘di atas pagar’.

Edelstein dianggap sebagai pelampau Yahudi dalam Likud, tinggal di sebuah penempatan Baitullaham. Tidak jelas sama ada beliau mewakili keputusan akhir Israel mengenai saranan laporan Goldstone atau tidak.

Israel, Israel kini, Israel terkini, Israel terbaru, Israel baru, Israel Israel, gambar Israel, foto Israel, video Israel, biodata Israel, biografi Israel, sejarah Israel, web Israel, Israel terkini, Israel terbaru, Israel penting, Israel dunia, Israel Israel, Israel malaysia, Israel melayu, Israel indon, Israel indonesia, Israel kl, Israel tv, Israel Israel, Israel gay, Israel artis, Israel hiburan, Israel sukan, Israel ekonomi, Israel sains, Israel teknologi, Israel kesihatan, Israel sejarah, Israel politik, Israel bf1, dunia, Israel, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi