Inter pecat jurulatih

Inter pecat jurulatih

OME – Seperti dijangka, Inter Milan menyingkirkan Gian Piero Gasperini dari jawatannya sebagai jurulatih kelab itu ekoran daripada kekalahan memalukan 1-3 kepada pendatang baru Novara kelmarin.

Kelab itu meletakan jurulatih sementara iaitu pembantunya, Giuseppe Baresi dan Daniele Bernazzani.

Gasperini hanya mampu bertahan selama tiga bulan selepas hanya membimbing kelab itu dalam tiga perlawanan liga dan satu perlawanan Liga Juara-Juara dengan kalah tiga dan seri sekali.

Terdahulu kelmarin, Presiden Inter, Massimo Moratti memberi isyarat bahawa ‘tempoh’ Gasperini sudah berakhir.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di pejabatnya di Milan, Moratti ditanya sama ada Gasperini akan kekal namun dia menegaskan: “Saya tidak fikir begitu.

“Ini merupakan saat yang sukar terutama kepadanya. Saya belum lagi memikirkan tentang penggantinya.

“Saya tidak fikir masalah ini ada kaitan dengan pemain.

“Dia berdepan kesukaran dari setiap sudut. Kita dapat saksikan pada perlawanan semalam. Saya tidak suka perlawanan semalam,”.

Inter gagal menang walau satu perlawanan di bawah Gasperini, yang mencetuskan kontroversi kerana meletakan tiga pemain pertahanan dan bukan secara tradisi empat pemain.

Inter, pecat, jurulatih, Inter Milan, Gian, Piero, Gasperini, jurulatih, kelab, kekalahan, memalukan, pendatang, baru, Novara, kelmarin, Kelab, meletakan, jurulatih, sementara, pembantunya, Giuseppe Baresi, Daniele, Bernazzani, berita eropah, berita dunia, berita asia, berita terkini, berita negara asia, foto berita, gambar berita, berita malaysia, berita penting, berita baru, berita politik, berita skandal, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita jepun, Milan, Moratti, sama, Gasperini