Inter kukuh kedudukan di persada Serie A

Inter kukuh kedudukan di persada Serie A

Inter kukuh kedudukan di persada Serie A

ROM – Inter Milan meneruskan rentak cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan di persada Serie A selepas menang 3-0 ke atas Cagliari di San Siro kelmarin.

Bagaimanapun, pencabar terdekat, AC Milan sekadar seri tanpa jaringan dengan Bologna.

Keputusan itu membolehkan AS Roma memintas Milan di tangga kedua liga selepas menang 1-0 ke atas Fioren- tina.

Kini, meskipun Inter selesa mengatasi Roma dengan lapan mata, mereka masih memiliki kelebihan satu perlawa- nan berbanding pasukan di tangga kedua itu.

Tiga gol menerusi Goran Pandev, Walter Samuel dan Diego Milito sudah cukup untuk membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho itu mengutip tiga mata berharga.

“Ia kemenangan yang cukup penting kerana ia membolehkan kami menjarakkan jurang mata dengan pesaing terdekat. Kami berjaya meningkatkan tahap keyakinan sepanjang Januari.

“Pada perlawanan ini, kami sudah mula menampilkan keyakinan dan mentaliti permainan secara menyerang. Cagliari bukan pasukan yang mudah untuk ditumbangkan.

“Biarpun kami mendahului 2-0, mereka belum mengalah dan menghadirkan beberapa ancaman berbahaya. Tetapi kami berjaya menyerapnya,” kata Mourinho.

Sementara itu, jaringan tunggal Mirko Vucinic lapan minit sebelum permai- nan tamat membantu Roma mencatat kemenangan tipis 1-0 untuk merekodkan kemenangan ke-16 dan tiga seri dalam 19 aksi terakhir mereka.

Inter kukuh, Inter kukuh berita, Inter kukuh kini, Inter kukuh dunia, Inter kukuh asia, Inter kukuh malaysia, Inter kukuh melayu, Inter kukuh indon, Inter kukuh indonesia, Inter kukuh kl, Inter kukuh foto, Inter kukuh gambar, Inter kukuh terkini, Inter kukuh web, Inter kukuh harian, Inter kukuh baru, Inter kukuh bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Inter kukuh,Inter kukuh ekonomi,Inter kukuh, punca, Arsenal, tewas