India uji peluru berpandu nuklear

India uji peluru berpandu nuklear

India uji peluru berpandu nuklear

BHUBHANESWAR 7 Feb. – India hari ini berjaya melancarkan ujian peluru berpandu berkuasa nuklear, menurut satu sumber pertahanan, sehari selepas mencadangkan penyambungan semula rundingan dengan musuh tradisinya, Pakistan.

Peluru berpandu darat ke darat, Agni III dengan jarak bedilan 3,000 kilometer telah diuji dari Pulau Wheeler, luar pesisir utara negeri Orissa.

“Kesemua bedilan mengenai sasaran, ujian ini adalah berjaya,” kata sumber tersebut kepada AFP sambil menambah peluru berpandu dilancarkan dari tapak pelancaran yang bergerak di atas landasan kereta api.

Ini adalah ujian keempat ke atas peluru berpandu yang boleh membawa senjata konvensional atau nuklear seberat 1.5 tan dan menggunakan bahan bakar pepejal.

India pada Rabu lalu memberitahu ia membuka rundingan tahap setiausaha dengan Pakistan, menunjukkan isyarat kejayaan besar dalam pembekuan hubungan sejak serangan Mumbai 2008.

New Delhi sebelum ini bersungguh-sungguh menolak penyambungan semula rundingan sehingga Islamabad membawa dalang serangan Mumbai ke muka pengadilan dan menghapuskan kumpulan militan di negara itu.

India dan Pakistan melancarkan dialog keamanan pada 2004 yang membantu meredakan ketegangan antara negara kuasa nuklear ini, terutamanya berhubung pertikaian wilayah Kashmir.

Agni III iaitu Agni yang membawa maksud tembak dalam bahasa Sanskrit, telah diuji pada 2006 dan menjadikan bandar utama di China seperti Shanghai sebagai kawasan yang mampu disasarkan, menurut penganalisis pertahanan.

India uji, India uji berita, India uji kini, India uji dunia, India uji asia, India uji malaysia, India uji melayu, India uji indon, India uji indonesia, India uji kl, India uji foto, India uji gambar, India uji terkini, India uji web, India uji harian, India uji baru, India uji bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Real,India uji ekonomi