India lancar 5 satelit

India lancar 5 satelit

India lancar 5 satelit

BANGALORE 12 Julai – India berjaya melancarkan lima satelit ke orbit hari ini, tiga bulan selepas program angkasa lepas negara ini mengalami tamparan apabila sebuah roketnya terhempas ketika dilancarkan.

Lima satelit itu termasuk sebuah satelit pungutan data jarak jauh dikenali sebagai Cartosat-2B, serta sebuah satelit dari Algeria.

Tiga satelit eksperimen lebih kecil dari India, Kanada dan Switzerland turut dilancarkan.

“Roket berkenaan menempatkan lima satelit ke orbit yang ditetapkan selepas pelancaran yang sempurna dari tapak pelancaran dalam cuaca baik,” kata Pengarah Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), S. Satish.

Tapak pelancaran terletak di Sriharikota, 80 kilometer ke timur laut Chennai.

Pada April lalu, sebuah roket India yang dilengkapi teknologi ‘booster’ buatan tempatan terhempas di Teluk Bengal, sejurus selepas dilancarkan dari tapak yang sama, disebabkan kerosakan komponen.

Roket itu adalah roket buatan India pertama yang menggunakan kuasa kriogenik, iaitu teknologi kompleks yang kini hanya dikuasai oleh lima negara.

India merancang untuk melancarkan misi angkasawannya yang pertama pada 2016 dan mahu meningkatkan penguasaannya dalam pasaran satelit komersial yang bernilai berbilion dolar.

India lancar, India lancar kini, India lancar terkini, India lancar terbaru, India lancar baru, India lancar skandal, gambar India lancar, foto India lancar, video India lancar, biodata India lancar, biografi India lancar, sejarah India lancar, web India lancar, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, India, lancar, 5, satelit