India guna siaran TV kawal bilangan penduduk

India guna siaran TV kawal bilangan penduduk

du_06.1

India guna siaran TV kawal bilangan penduduk

Kerajaan India mahu menggunakan siaran televisyen lewat malam sebagai usaha mengehadkan kadar kelahiran negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India, Ghulam Nabi Azad menggesa supaya tenaga elektrik dibekalkan ke kawasan desa dan kampung bagi membolehkan lebih banyak keluarga memiliki televisyen.

“Dengan adanya elektrik di kawasan kampung, lebih ramai orang akan memiliki televisyen sekali gus membantu usaha kerajaan mengawal pertumbuhan penduduk negara,” kata menteri berkenaan.

“Apabila keadaan gelap, orang ramai memilih untuk masuk tidur awal dan terlibat dalam aktiviti meningkatkan jumlah penduduk (mengadakan hubungan seks),” tambahnya.

Beliau yang berucap sempena Hari Populasi Sedunia di sini menyatakan kerajaan serius untuk menjadikan televisyen medium utama bagi menangani masalah itu.

“Apabila semua perkampungan di negara ini mendapat bekalan elektrik, 80 peratus daripada pertumbuhan penduduk dapat diturunkan menerusi televisyen,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah penduduk India perlu dikawal kerana ia akan mendatangkan impak positif kepada semua rakyat negara berkenaan.

India kini memiliki lebih satu bilion penduduk dan mengekori China sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai di dunia manakala pakar-pakar percaya berdasarkan pertumbuhan penduduk India sekarang, negara itu akan mengatasi China menjelang 2030.

India, India musik, India video, India foto, India cinta, India berita, India awek, India kontraksi, India Hiburan, India malaysia, India Melayu, India Indon, India Indonesia, India gambar, India cerita, India pilihan, India kl, India bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan