Impian Sharapova musnah

Impian Sharapova musnah

TOKYO – Impian Maria Sharapova untuk menebus kekalahan kepada Petra Kvitova pada final Wimbledon tidak kesampaian.

Sharapova terpaksa membatalkan hasrat tersebut selepas mengalami kecede- raan di pergelangan kaki pada aksi suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Pan Pacific semalam.

Pemain No. 2 dunia dari Rusia itu men- dahului 40-15 di kedudukan 3-4 pada set pertama ketika mengalami kecederaan tersebut.

Sharapova diberi rawatan di gelanggang tetapi mengambil keputusan untuk menarik diri, sekali gus memberikan tiket percuma kepada pemain Republik Czech itu untuk mara ke separuh akhir.

Kvitova yang merangkul gelaran Grand Slam pertama dengan menewaskan Sharapova di Wimbledon pada Jun lalu akan bertemu Vera Zvonareva pada separuh akhir selepas pemain Rusia itu menewas- kan rakan senegaranya, Maria Kirilenko 6-3, 6-3.

“Ia sesuatu yang menarik untuk mara ke separuh akhir. Saya teruja mengenai- nya. Saya mahu melangkah lebih jauh berbanding tahun lalu. Saya bersedia untuk menghadapi aksi separuh akhir,” kata Zvonareva.

Zvonareva yang beraksi cemerlang ketika menewaskan Kirilenko sebanyak tiga kali, melebarkan rekod kemenangan ke atas rakan senegaranya itu kepada enam perlawanan berturut-turut tanpa kalah.

“Saya tidak mempunyai rahsia,” kata pemain pilihan keempat itu.

“Saya hanya cuba bermain mengikut rentak saya, cuba mencari sedikit ruang untuk menjadikan dia tidak selesa dan menampilkan corak permainan tersendiri. Setakat ini, ia berjalan lancar.”

Sementara itu, pemain pilihan ketiga, Victoria Azarenka dari Belarus menampilkan aksi menarik untuk menewaskan Marion Bartoli dari Perancis 7-5, 6-0, se- kali gus menempah slot ke separuh akhir.

Impian, Sharapova, musnah, TOKYO, Impian, Maria Sharapova, menebus, kekalahan, Petra, Kvitova,  final, Wimbledon, kesampaian, membatalkan, hasrat, selepas, mengalami, kecederaan, pergelangan, kaki, aksi, suku, akhir, Kejohanan, Tenis, Terbuka, Pan Pacific, semalam, berita gambar, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita luar negara, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita skander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan, atlet, sukan, tenis