Houllier pengendali baru Villa?

Houllier pengendali baru Villa?

Houllier pengendali baru Villa?

LONDON – Gerard Houllier (gambar) diramal kembali semula ke kancah Liga Perdana England, namun kali ini bersama Aston Villa.

Pengurus kelahiran Perancis itu yang berehat dari- pada karier kejurulatihan selama tiga tahun, dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan pemilik Villa, Randy Lerner bagi mengisi tempat Martin O’Neill.

“Kelab telah menyenarai pendek calon yang akan menjadi pengurus.

“Bagaimanapun, belum ada sebarang keputusan dibuat tetapi kemungkinan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh empat atau lima hari lagi,” kata sumber dalaman Villa.

Houllier menjadi pilihan utama dalam senarai Villa selepas lembaga pengarah kelab tersebut mengadakan beberapa sesi temu duga awal minggu ini.

Alan Curbishley, Sven Goran Eriksson dan pengendali sementara, Kevin MacDonald semuanya juga turut ditemu duga.

Begitupun, Houllier yang juga bekas pengurus Liverpool dilihat berpeluang cerah untuk membimbing Villa yang kini terumbang ambing selepas O’Neill meletak jawatan secara mengejut tiga minggu lalu.

Houllier, 62, juga dikatakan mahu aktif semula dalam bola sepak dan berhas- rat kembali ke England sejak meninggalkan Lyon pada 2007.

Dia pernah bergelut dengan masalah kesihatan setelah mengalami serangan jantung ketika enam tahun tugasnya bersama Liverpool.

Houllier kemudian meninggalkan Liverpool pada 2004 selepas gandingannya bersama pembantu jurulatih, Roy Evans berjaya membawa The Reds kembali sebagai pencabar utama dalam bola sepak England.

Houllier, Houllier kini, Houllier terkini, Houllier terbaru, Houllier baru, Houllier skandal, gambar Houllier, foto Houllier, video Houllier, biodata Houllier, biografi Houllier, sejarah Houllier, web Houllier, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia