Hodgson setuju jual Mascherano

Hodgson setuju jual Mascherano

Hodgson setuju jual Mascherano

LONDON – Pengurus Liverpool, Roy Hodgson akhirnya membuat keputu- san untuk melepaskan Javier Mascherano (gambar). Bagaimanapun, Hodgson hanya akan menjual Mascherano dalam masa dua tahun lagi.

Mascherano dilapor mahu mening- galkan Anfield selepas keluarganya gagal menyesuaikan diri di England, ditambah pula dengan hasrat bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez untuk membawanya ke Inter Milan.

Begitupun, kelab gergasi Itali itu enggan memenuhi harga £30 juta (RM146 juta) yang diletakkan ke atas Mascherano, sekali gus menyaksikan dia akan terus kekal di Anfield seku- rang-kurangnya se- hingga Januari tahun depan.

Hodgson pula menjelaskan, dia lebih cenderung untuk mengekalkan Mascherano sehingga kontraknya berakhir sehingga 2012.

“Saya lebih gembira jika dia dapat terus kekal di sini selama dua tahun. Selepas itu, jika dia mahu pergi, jadi pergilah.

“Lagi bagus jika dia bersetuju dengan kontrak baru. Semuanya telah tersedia di atas meja dan tiada siapa memberi tekanan kepadanya.

“Saya sangat gembira dia terus bersama kami kerana pada situasi ini, jika ada tawaran daripada kelab lain ke atasnya, kami belum bersedia melepaskan dia pergi.

“Masih belum ada tawaran ke atasnya. Jika ada pun kami mahu harganya setimpal dengan nilai sebenarnya. Javier juga setuju dengan perkara ini, dia sedar kelab ini tidak akan membiarkan dia pergi begitu sahaja,” jelas- nya.

Hodgson juga berkata, beliau kini sedang meman- tau perkembangan penyerang PSV Eindhoven, Ola Toivonen.

Hodgson, Hodgson kini, Hodgson terkini, Hodgson terbaru, Hodgson baru, Hodgson skandal, gambar Hodgson, foto Hodgson, video Hodgson, biodata Hodgson, biografi Hodgson, sejarah Hodgson, web Hodgson, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia