Hiddink sedia ambil alih tempat Benitez

Hiddink sedia ambil alih tempat Benitez

Hiddink sedia ambil alih tempat Benitez

LONDON – Guus Hiddink mula melobi dirinya sebagai pengganti kepada pengurus Liverpool, Rafael Benitez.

Bagaimanapun, Hiddink terlebih dahulu akan meminta kebenaran daripada pemilik Chelsea, Roman Abra- movich sebelum membuat langkah selanjutnya.

Hiddink dilapor akan meninggalkan tugasnya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Rusia dan memberitahu beberapa rakan karibnya bahawa beliau berminat dengan cabaran yang menanti di Anfield.

“Saya perlu berbincang dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Rusia sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan saya.

“Tetapi memang benar saya lebih suka jika dapat menguruskan sebuah kelab di England sekali lagi.

“Saya juga menghargai segala sokongan yang saya terima daripada Roman Abra- movich, jadi saya akan berjumpa dengannya terlebih dahulu,” kata Hiddink.

Musim lepas, pengendali kelahiran Belanda itu berjaya membawa pembaharuan kepada Chelsea selepas membimbing skuad The Blues selama empat bulan sebagai pengurus sementara.

Walaupun Hiddink, 63, masih belum sah akan meninggalkan Rusia, namun sumber mendedahkan bahawa beliau amat terdesak untuk mendapat peluang kedua dalam kancah Liga Perdana England.

Nama Hiddink mula disebut-sebut ketika Benitez menerima tamparan hebat ekoran prestasi tidak menentu Liverpool musim ini.

Benitez mungkin dapat bertahan sehingga hujung musim ini meskipun Liverpool tersingkir pada kempen Piala FA selepas tewas mengejut 1-2 kepada Reading kelmarin.

Kekalahan di tempat sendiri itu mencetuskan kemarahan peminat fanatik Liverpool yang mendesak Benitez melepaskan jawatannya.

Hiddink sedia berita,Hiddink sedia berita terkini,Hiddink sedia berita berita,Hiddink sedia berita minggu,Hiddink sedia berita terbaru,Hiddink sedia berita ekonomi,Hiddink sedia indonesia berita,Hiddink sedia berita dunia,Hiddink sedia berita harian,Hiddink sedia berita selebritis,Hiddink sedia berita nasional,Hiddink sedia berita artis,Hiddink sedia berita bola,berita malaysia,berita tv,berita business,berita cuaca,berita foto,berita internasional,berita hot,berita hangat,berita selebriti,berita politik,berita liga inggris,berita bernama,berita aneh,berita transfer pemain,berita kematian,berita harian hari,dunia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, Bf-1,dunia, sukan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply