Hatrik Adebayor julang City

Hatrik Adebayor julang City

Hatrik Adebayor julang City

PARIS – Emmanuel Adebayor (gambar) meledak hatrik untuk membantu Manchester City mencatat kemenangan 3-1 ke atas Lech Poznan pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

Kemenangan itu telah mengukuh- kan kedudukan skuad The Gunners selaku pendahulu Kumpulan A.

Pada aksi di Stadium City of Manchester itu, pengurus City, Roberto Mancini membuat percaturan yang berani apabila menurunkan David Silva dan Shaun Wright-Phillips dalam kesebelasan utama.

Kapten, Carlos Tevez dan James Milner pula diletakkan di bangku simpanan manakala pemain veteran Perancis, Patrick Vieira menggantikan tempat Gareth Barry.

Begitupun, percaturan Mancini itu langsung tidak menjejaskan rentak City seterus menyaksikan Adebayor meledak hatrik.

“Saya berasa sangat gembira dan bangga. Saya berlatih bersungguh-sungguh setiap hari,” kata Adebayor.

Terdahulu, Poznan yang seri 3-3 dengan Juventus pada aksi pembukaan Kumpulan A, hampir membuka jaringan menerusi Slawomir Peszko.

Begitupun, Adam Johnson dan Silva bermain dengan baik untuk membantu Adebayor menyumbat gol pertama pada minit ke-13 sebelum penyerang Togo itu menambah gol kedua minit ke-25.

Joel Tshibamba berjaya merapatkan jurang pada minit ke-50 tetapi Adebayor yang juga bekas penyerang Arsenal sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol Poznan, Jasmin Buric untuk melengkapkan hatrik minit ke-73.

Bagaimanapun, Adebayor bakal berdepan satu ujian getir apabila dia berkunjung ke Emirates untuk bertemu bekas kelabnya, Arsenal pada aksi Liga Perdana England.

Hatrik, Hatrik kini, Hatrik terkini, Hatrik terbaru, Hatrik baru, Hatrik skandal, gambar Hatrik, foto Hatrik, video Hatrik, biografi Hatrik, sejarah Hatrik, web Hatrik, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia