Hartawan Singapura makin hampiri Liverpool

Hartawan Singapura makin hampiri Liverpool

Hartawan Singapura makin hampiri Liverpool

SINGAPURA – Hartawan Singapura, Peter Lim semalam mengumumkan bidaan terbaru bernilai £360 juta (RM1.77 bilion) untuk membeli Liverpool secara tunai.

“Tawaran untuk membeli kelab itu (Liverpool) berjumlah £320 juta (RM1.58 bilion) manakala baki £40 juta (RM197 juta) pula di- peruntukkan untuk membeli pemain baru,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Lim dikenali sebagai seorang pelabur yang cukup bijak dan cukup meminati bola sepak apabila namanya lebih dikaitkan dengan Manchester United.

Pada usia 57 tahun, Lim yang berada di kedudukan individu kelapan terkaya di Singapura dengan anggaran nilai kekayaan berjumlah AS$1.6 bilion (RM4.98 bilion) mempunyai hak milik eksklusif untuk memiliki dan menjalankan operasi rangkaian resto- ran dan bar United di Asia.

Sebelum ini, Lim yang juga pemegang saham kedua terbesar bagi pengeluar fesyen berjenama Singapura, FJ Benjamin pernah menjalankan perniagaan butik Manchester United Theatre of Dreams di negara republik itu.

Berlatar belakang anak seorang penjual ikan, Lim mula membina kekayaannya sebagai seorang broker saham sebelum menjadi pelabur syarikat swasta pada 1996.

Namun, dia lebih bersikap merendah diri dan jarang mendedah- kan diri di media.

Antara pemilikan utamanya termasuklah firma kelapa sawit terbesar dunia, Wilmar International dan syarikat penyedia pendidikan, Informatics.

Awal bulan ini, Lim melabur pula sejumlah AS$100 juta (RM311 juta) dalam syarikat penyedia kelengkapan kilang terkemuka di China dan Jepun.

Justeru minatnya untuk memiliki Liverpool didorong rasa cintanya terhadap sukan bola sepak lebih-lebih lagi apabila beliau baru- baru ini mendermakan AS$7.65 juta (RM23.8 juta) kepada Yaya- san Olimpik Singapura untuk biasiswa kepada atlet remaja dari golongan miskin.

Namun, Lim juga dikatakan berharap mendapat pulangan kewangan yang menguntungkan daripada Liverpool jika bidaannya itu.

“Liverpool sebuah jenama terkenal yang ketika ini sedang merudum dan melalui hari-hari yang sukar.

“Tetapi jika hutangnya berjaya diselesaikan, kelab ini akan membawa keuntungan,” kata bekas pengarang akhbar, Mano Sabnani yang kini ketua penyelidik pela- buran sebuah bank terkemuka di Singapura.

Hartawan Singapura, Hartawan Singapura kini, Hartawan Singapura terkini, Hartawan Singapura terbaru, Hartawan Singapura baru, Hartawan Singapura skandal, gambar Hartawan Singapura, foto Hartawan Singapura, video Hartawan Singapura, biografi Hartawan Singapura, sejarah Hartawan Singapura, web Hartawan Singapura, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia