Harimau di banjaran Himalaya

Harimau di banjaran Himalaya

Harimau di banjaran Himalaya

LONDON – Beberapa ekor harimau Bengal ditemui hidup di banjaran Himalaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelibat haiwan itu dilihat menerusi rakaman beberapa buah kamera yang dipasang pada pokok dan lurah sempit pada ketinggian 3,969 meter dari paras laut di banjaran tersebut di Bhutan.

Rakaman itu dipasang oleh satu pasukan Unit Sejarah Semula Jadi Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam satu ekspedisi enam minggu.

Seorang jurukamera hidupan liar, Gordon Buchanan berkata, dia menitiskan air mata apabila melihat buat kali pertama rakaman kamera itu yang menunjukkan seekor harimau berjalan di kawasan yang dipenuhi salji.

Harimau, Harimau kini, Harimau terkini, Harimau terbaru, Harimau baru, Harimau skandal, gambar Harimau, foto Harimau, video Harimau, biografi Harimau, sejarah Harimau, web Harimau, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia