Hari ajaib buat saya

Hari ajaib buat saya

Hari ajaib buat saya

LONDON – Ketajaman penyudah penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov (gambar)ternyata masih lagi berbisa.

Kelmarin, bintang antarabangsa Bulgaria itu meledak hatrik bagi membantu The Red Devils mencatat kemenangan 3-2 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford.

Namun, Berbatov secara terbuka mengakui, dia sebenarnya berasa bimbang dengan tindakan yang bakal diambil pengurus United, Alex Ferguson selepas pasukannya melepaskan dua gol ketika mereka sedang mendahului 2-0.

Jika ia terjadi, Ferguson sudah pasti merupakan individu yang paling kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya melakukan perkara yang sama apabila sekadar seri 3-3 dengan Everton minggu lalu.

“Selepas mendahului 2-0 dan memberikan peluang buat Liverpool menyamakan kedudukan, kami (pemain-pemain United) sedar Ferguson pastinya berang dengan perkara tersebut,” kata Berbatov.

Bagaimanapun, Berbatov muncul wira apabila meledak hatrik yang juga gol ketiga United pada minit ke-84.

Sebelum itu, Berbatov menjaringkan gol pada minit ke-42 dan ke-59 manakala kapten Liverpool, Steven Gerrard menyumbat dua gol (64 dan 70).

Untuk rekod, jaringan hatrik Berbatov itu adalah yang julung-julung kalinya dilakukan pemain United dalam tempoh 64 tahun sepanjang berdepan dengan Liverpool.

“Ia merupakan hari ajaib buat saya dan ia sangat istimewa apabila saya berjaya meledak hatrik bagi membantu United menewaskan pencabar terde- kat kami.

“Setiap pemain sangat gembira dengan kejayaan tersebut dan saya pulang ke rumah dengan kena- ngan paling manis,” jelas Berbatov.

Hari ajaib, Hari ajaib kini, Hari ajaib terkini, Hari ajaib terbaru, Hari ajaib baru, Hari ajaib skandal, gambar Hari ajaib, foto Hari ajaib, video Hari ajaib, biografi Hari ajaib, sejarah Hari ajaib, web Hari ajaib, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia