Hanya terseliuh, Rooney rehat 4 minggu

Hanya terseliuh, Rooney rehat 4 minggu

Hanya terseliuh, Rooney rehat 4 minggu

LONDON – Wayne Rooney tidak dapat beraksi selama dua hingga empat minggu akibat terseliuh buku lali, demikian menurut sumber terdekat Manchester United.

Penyerang England itu mengalami kesakitan pada babak akhir perlawanan Liga Juara-Juara ketika kalah 1-2 kepada Bayern Munich, kelmarin.

Sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu, Rooney tidak mengalami keretakan tulang.

Rooney menjaringkan gol ke-34 musim ini pada minit kedua perlawanan di Allianz Arena, kelmarin.

Walaupun Rooney dijangka cergas untuk kejohanan Piala Dunia pada 11 Jun hingga 11 Julai ini, jurulatih England, Fabio Capello berkata, kecederaan Rooney merupakan perkhabaran yang buruk.

“Saya rasa dia akan menjalani ujian imbasan dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak gembira apabila pemain skuad England cedera, ia perkhabaran yang buruk.

”Ia bukan perkara yang baik bagi saya. Saya akan bercakap dengannya esok,” kata Capello.

Rooney tidak akan beraksi pada perlawanan Liga Perdana England menentang Chelsea di Old Trafford, esok.

Ia mungkin memberikan kesan besar dalam usaha memburu kejuaraan, dengan United hanya satu mata mengatasi Chelsea.

Jika terpaksa berehat dua minggu, Rooney bakal terlepas tiga perlawanan, Liga Perdana menentang Chelsea dan Blackburn, perlawanan suku akhir kedua menentang Bayern.

Jika tiga minggu berehat, bermakna Rooney terlepas pertembungan derby di Manchester City.

Jika sebulan, penyerang itu tidak dapat beraksi menentang Tottenham dalam Liga Perdana, juga kemungkinan separuh akhir Liga Juara- Juara menentang Lyon atau Bordeaux – jika mereka layak.

Dengan Michael Owen terpaksa berehat pada baki perlawanan musim ini, United terpaksa menyandarkan harapan kepada Dimitar Berbatov, sebagai penyerang senior pasukan itu sehinggalah Rooney pulih.

Andy Rooney, Mickey Rooney, Wayne Rooney, Rooney, mengamuk Rooney, Rooney muzik, lagu Rooney,Rooney Coleen, Rooney Micky, Mikey Rooney, Wayne Rooney, Rooney wyane, Everton Rooney, Rooney wanye, Mickey Rooney, Rooney andy, Rooney Shakin, Shakin Rooney, ronaldo Rooney, Rooney mengamuk itu, Rooney Andrew, Rooney bola sepak, gol Rooney, rooney tujuan, Rooney dan, youtube Rooney,Rooney foto, Rooney Januari, gambar Rooney, Rooney permainan, buku Rooney, Rooney mp3, band Rooney,permainan Rooney, Rooney dihantar, Rooney kad merah, wayang Rooney, Rooney 60 minit, Rooney wyne,Rooney album, Rooney mengamuk, kasut Rooney, blueside Rooney, Rooney Owen, Rooney Beckham,Rooney pemain bola, Rooney bertelanjang dada, Rooney chelsea, arsenal Rooney, video Rooney, Rooney Rooney, Rooney joedon, Rooney itu, poster Rooney, dan Rooney, Rooney brenda, Rooney fred,laura Rooney, Rooney lisa, g Rooney, nombor Rooney, Rooney men-download, Rooney Karen, Janet Rooney, Rooney angela, Rooney pun, Rooney linda, Rooney peter, halaman Rooney, wikipedia Rooney, Rooney jay, blog Rooney, Rooney eric, Rooney danny , Rooney pokok, merampok Rooney,amy Rooney, Rooney fest, Noakes Rooney, Rooney liz, Rooney Erin, Rooney ben, Rooney susan,Rooney twitter, Rooney Caroline, Rooney Kyle, Rooney rick, Rooney jean,