Hamilton tekad rampas takhta

Hamilton tekad rampas takhta

Hamilton tekad rampas takhta

LONDON – Pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton sudah tidak sabar merampas kembali takhta selaku pendahulu menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Belgium hujung minggu ini

Terdahulu, Hamilton gagal mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu apabila gagal menamatkan perlumbaan GP Hungary di Budapest awal bulan ini.

Sebaliknya, pemandu Red Bull, Mark Webber yang menjuarai perlumbaan tersebut kini merampas takhta daripada Hamilton.

Bagaimanapun, Hamil- ton masih boleh mengintai peluang untuk kembali muncul selaku pendahulu apabila dia hanya ketingga- lan empat mata di belakang Webber.

Dalam kategori pengeluar pula, McLaren turut berada di tangga kedua di belakang Red Bull.

“Meskipun kini kami masih bercuti, saya merasakan kami telah bersedia untuk kembali memberi saingan dan merebut gela- ran juara.

“Tempoh percutian yang panjang memberi kami masa untuk berfikir bagaimana untuk memajukan jentera kami dalam mengharungi tujuh lagi perlumbaan musim ini.

“Selain memburu keputusan yang lebih baik, kami juga mahu mengekalkan kelajuan jentera sehingga penghujung musim,” jelas Hamilton.

Selain Hamilton, rakan sepasukannya yang juga juara dunia, Jenson Button turut mempunyai peluang untuk menjuarai perlumbaan musim ini.

“Saya dan Jenson tidak begitu menyerlah pada perlumbaan (GP Belgium) di Litar Spa musim lalu. Kali ini, saya kembali ke Litar Spa selepas mengha- rungi perlumbaan yang mengecewakan di Hungary.

“Secara peribadi, saya berpendapat Litar Spa adalah satu trek yang paling hebat dalam perlumbaan F1 dan saya mahu mencipta kemenangan di sana,” kata Hamilton.

Sementara itu, ketua McLaren, Martin Whitmarsh berkata, pasukannya sudah bersedia untuk memburu kemenangan di Belgium nanti.

“Selepas kecewa di Hungary, kami kini berusaha keras untuk mendapatkan semula rentak kami seperti yang telah kami tunjukkan pada awal musim ini,” kata- nya.

Hamilton, Hamilton kini, Hamilton  terkini, Hamilton terbaru, Hamilton baru, Hamilton skandal, gambar Hamilton, foto Hamilton, video Hamilton, biodata Hamilton, biografi Hamilton, sejarah Hamilton, web Hamilton, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia