Hamilton belum menyerah kalah

Hamilton belum menyerah kalah

LONDON – Dalam misi memburu kejua- raan dunia, pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton tidak akan mengubah co- rak pemanduannya.

Peluang Hamilton untuk ditabalkan selaku juara dunia musim ini dilihat semakin tipis selepas dia terlibat dengan kemalangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Itali dan Singapura.

Hamilton tersingkir seawal pusingan pertama di Litar Monza selepas terlibat dengan kemalangan dengan pemandu Ferrari, Felipe Massa.

Dia sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan di litar jalan raya di Marina Bay Ahad lalu apabila terlibat dalam kemala- ngan ketika cuba memintas pemandu Red Bull, Mark Webber.

Kini Hamilton ketinggalan 20 mata di belakang Webber yang juga pendahulu keseluruhan ketika perlumbaan berbaki empat pusingan sahaja lagi.

Begitupun Hamilton menjelaskan, dia tidak akan mengubah corak pemanduannya meskipun timbul kebimbangan akan berlaku satu lagi kemalangan pada GP Jepun, 10 Oktober ini.

“Saya merupakan seorang pelumba dan saya sentiasa mempunyai naluri untuk bersaing,” jelas Hamilton.

“Tiada apa yang akan berubah. Saya kini berada di tangga ketiga keseluruhan dan hanya ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu.

“Mungkin ia kedengaran satu perbezaan yang besar tetapi masih ada baki empat perlumbaan dan peluang saya untuk menjadi juara dunia masih cerah.”

Hamilton, Hamilton  kini, Hamilton terkini, Hamilton terbaru, Hamilton baru, Hamilton skandal, gambar Hamilton, foto Hamilton, video Hamilton, biografi Hamilton, sejarah Hamilton, web Hamilton, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia