Haiti digegar gempa lagi

Haiti digegar gempa lagi

Haiti digegar gempa lagi

PORT-AU-PRINCE 21 Jan. – Satu gegaran susulan kuat menggegar bandar Haiti semalam, yang telah terjejas akibat gempa bumi sebelum ini, mengakibatkan beribu-ribu mangsa gempa bumi yang masih trauma bertempiaran lari ke jalan-jalan raya dalam keadaan takut.

Dalam pada itu, walaupun selepas lapan hari bencana tersebut berlaku, masih ada mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan yang disifatkan sebagai satu keajaiban.

Di tengah-tengah kubur besar, khemah yang menempatkan klinik sementara dan mangsa yang kian terdesak menanti bantuan, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi, beberapa kanak-kanak dan mangsa-mangsa lain daripada bawah runtuhan di negara Caribbean itu.

Beribu-ribu tentera Amerika Syarikat (AS) turut ditempatkan ketika negara-negara lain berjanji untuk menghantar lebih ramai tentera bagi membantu pengagihan bantuan, menyediakan rawatan perubatan dan menjamin situasi selamat di jalan-jalan bagi mangsa yang terjejas untuk terus hidup.

Gegaran susulan terbesar menggegar waktu subuh semalam, lapan hari selepas ibu negara Haiti dikejutkan dengan satu gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter, mengorbankan sekurang-kurangnya 75,000 nyawa dan mengakibatkan sejuta yang lain hilang tempat tinggal.

“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’ kata Eleude Joseph, seorang ibu dua anak kepada AFP di sebuah kem kotor yang menempatkan 6,000 mangsa di Place Saint-Pierre.

Tiada laporan sesiapa terbunuh atau tercedera oleh gegaran susulan 6.1 pada skala Richter itu, namun beberapa bangunan yang rosak dilapor runtuh, termasuk satu-satunya dinding gereja utama di Haiti.

Walaupun digegarkan dengan ancaman terbaru, pasukan penyelamat berhempas pulas meneruskan operasi mencari dan penat lelah mereka akhirnya berbalas dengan penemuan mangsa yang masih terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 23 hari, kanak-kanak lelaki berumur lima tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, usaha mencari mungkin akan dihentikan apabila operasi bantuan besar-besaran dimulakan bagi membantu beribu-ribu mangsa yang terselamat yang berdepan masalah kekurangan air di khemah-khemah sementara, di mana penyakit cirit-birit sudah merebak.

Bantuan antarabangsa juga kini ditumpukan kepada usaha membina semula negara tersebut, dengan persidangan penderma utama dijangka diadakan Isnin depan di Montreal.

Haiti gempa lagi berita,Haiti gempa lagi istri, Haiti gempa lagi poster, Haiti gempa lagi terkini, Haiti gempa lagi foto, Haiti gempa lagi foto, Haiti gempa lagi foto, Haiti gempa lagi video, Haiti gempa lagi ayunan, Haiti gempa lagi turnamen, Haiti gempa lagi master, Haiti gempa lagi dukungan, Haiti gempa lagi hangat, Haiti gempa lagi privasi, Haiti gempa lagi yayasan, Haiti gempa lagi informasi, Haiti gempa lagi info,  Haiti gempa lagi harian, Haiti gempa lagi poster, Haiti gempa lagi jadwal, Haiti gempa lagi latar belakang, Haiti gempa lagi video, Haiti gempa lagi film, Haiti gempa lagi tanda tangan, Haiti gempa lagi wallpaper, Haiti gempa lagi biografi, Haiti gempa lagi blog, Haiti gempa lagi profil,Haiti gempa lagi foto, Haiti gempa lagi berat, Haiti gempa lagi wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, dunia, sukan, sains,teknologi, ekonomi