H1N1: Korban pertama di Arab Saudi

H1N1: Korban pertama di Arab Saudi

images

H1N1: Korban pertama di Arab Saudi

RIYADH 27 Julai – Seorang lelaki Arab Saudi meninggal dunia akibat penyakit selesema babi, kematian pertama di negara ini yang sedang menjalankan persiapan untuk menyambut kedatangan jemaah haji dari seluruh dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan hari ini, lelaki berusia 30 tahun itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Dammam, timur Arab Saudi pada Rabu lalu dan meninggal dunia kelmarin, sekalipun diberi antibiotik dan ubat antivirus, Tamiflu.

Bilangan kes selesema babi di Arab Saudi sudah melebihi 300 orang, meningkatkan lagi kebimbangan mengenai risiko jangkitan kepada kira-kira dua juta jemaah haji dari luar negara yang akan membanjiri kota-kota suci Mekah dan Madinah pada hujung tahun ini.

Pada satu mesyuarat tergempar di Kaherah pada minggu lepas, menteri-menteri kesihatan Arab mengesyorkan supaya golongan tua berusia lebih 65 tahun dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Khaled Marghlani kelmarin berkata, Riyadh dijangka menguatkuasakan peraturan tersebut di samping menggesa supaya jemaah mendapat suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan virus infleunza A (H1N1) jika vaksin terbukti berkesan dan boleh didapati menjelang musim haji.

Beliau berkata, sekatan umur itu tidak akan menjejaskan kuota haji yang diperuntukkan kepada setiap negara.

Virus H1N1 telah membunuh lebih 800 orang di seluruh dunia sejak ia mula menular pada April lalu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO yang mengisytiharkan pandemik influenza A (H1N1) pada 11 Jun lalu, menggambarkan penularan virus baru itu sebagai wabak paling cepat merebak dalam sejarah.

Korban pertama,Korban pertama berita, Korban pertama kini, Korban pertama dunia, Korban pertama asia,Korban pertama malaysia, Korban pertama melayu, Korban pertama indon, Korban pertama indonesia, Korban pertama kl, Korban pertama foto, Korban pertama gambar, Korban pertama bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1