Gelaran dunia sasaran Schumacher

Gelaran dunia sasaran Schumacher

Gelaran dunia sasaran Schumacher

LONDON – Michael Schumacher optimis dia mampu menjuarai gela- ran dunia bersama pasukan Merce- des GP Petronas.

Bagaimanapun Schumacher mengakui, dia sukar untuk merangkul kejuaraan dunia dalam penampilan sulungnya selepas kembali menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Juara dunia tujuh kali itu kembali semula ke kancah F1 musim ini dengan kontrak selama tiga tahun bersama Mercedes GP – pasukan yang memenangi kejuaraan dunia dalam kategori pemandu dan penge- luar musim lepas dengan nama Brawn GP.

Walaupun ramai yang meramalkan Schumacher bakal mengulangi aksi cemerlangnya kali ini, namun ada beberapa pihak juga percaya pemandu veteran Jerman itu bakal mengharungi saingan lebih mencabar.

Namun, Schumacher menjelaskan bahawa hanya masa yang akan menentukan sama ada dia mampu atau tidak menjuarai gelaran pemandu dunia buat kali kelapan dalam kariernya.

“Dalam matlamat jangka panjang kami bersama Mercedes, kami telah membuat satu sasaran yang jelas,” kata Schumacher.

“Saya mahu menjadi juara dunia sekali lagi. Mungkin ia tidak akan berlaku pada penampilan pertama saya tetapi secara realistiknya, mungkin dalam masa tiga tahun ini.”

Keyakinan Schumacher itu juga turut diakui oleh ketua pasukan Mercedes GP, Ross Brawn.

“Saya tidak yakin Michael akan memenanginya pada penampilan pertamanya.

“Dia memerlukan beberapa perlumbaan sebelum dapat menyesuaikan diri dengan jentera dan gandi- ngan pemandu barunya.

“Tetapi saya berharap dalam masa tiga tahun ini, dia mampu melaku- kannya.

“Itulah yang menjadi kekuatannya. Dia mampu menyesuaikan diri dan belajar dengan pantas.”

Dengan kemampuan yang dimiliki Schumacher, Brawn meramalkan bekas pemandu Ferrari itu akan tetap menjuarai gelaran dunia tidak lama lagi.

“Saya berani bertaruh bahawa Michael akan memenangi gelaran juara dunia sekali lagi,” tambahnya penuh yakin. –

Michael Schumacher berita terkini,Michael Schumacher berita,Michael Schumacher berita hari ini,Michael Schumacher berita minggu,Michael Schumacher berita terbaru,Michael Schumacher berita ekonomi,Michael Schumacher berita dunia,Michael Schumacher berita harian,Michael Schumacher berita acara,Michael Schumacher informasi,Michael Schumacher berita online,Michael Schumacher indon,Michael Schumacher berita berita,Michael Schumacher penting,Michael Schumacher turnamen ,Michael Schumacher berita internasional, Michael Schumacher sukan,Michael Schumacher kesihatan, Michael Schumacher sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi