Gates, Slim anjur dana kesihatan

Gates, Slim anjur dana kesihatan

Gates, Slim anjur dana kesihatan

MEXICO CITY: Dua hartawan terkaya dunia, Bill Gates dan Carlos Slim dilaporkan akan bekerjasama dengan kerajaan Sepanyol untuk mewujudkan inisiatif kesihatan kepada penduduk miskin di Amerika Tengah dan Mexico berjumlah kira-kira 150 juta.

Dana ‘Inisiatif Kesihatan Amerika-Meso 2015’ akan dikongsi bersama oleh tiga penyumbang terbabit dan akan berlangsung selama lima tahun untuk meningkatkan kempen kesihatan, nutrisi, vaksinasi, antidenggi dan antimalaria di rantau terbabit.

Inisiatif terbabit diumumkan di sini oleh Gates, Slim, Presiden Mexico Felipe Calderon dan Puteri Cristina dari Sepanyol.

Inisiatif kesihatan terbabit akan membabitkan Belize, Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua dan Panama.

Gates berkata ia adalah kali pertama Yayasan Bill & Melinda beliau yang diasaskan di Amerika Syarikat bergabung dengan Institut Carlos Slim di Mexico tetapi mungkin juga bukan yang terakhir.

Jutawan telekom Slim, 50, mengungguli senarai orang paling kaya di dunia majalah terkemuka Forbes tahun ini dengan jumlah kekayaan AS$53.5 bilion (RM171 bilion) mengatasi Gates, 54, yang berada di tempat kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$53 bilion (RM169 bilion).

bill gates, bill gates kini, bill gates terkini, bill gates terbaru, bill gates baru, bill gates skandal, gambar bill gates, foto bill gates, video bill gates, biodata bill gates, biografi bill gates, sejarah bill gates, web bill gates, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,bill gates, gates, slim, anjur dana, kesihatan