Gadis berkomunikasi gunakan mata

Gadis berkomunikasi gunakan mata

Gadis berkomunikasi gunakan mata

LONDON – Seorang gadis, Mia Austin (gambar) cuma boleh berkomunikasi dengan matanya setelah dia lumpuh sepenuhnya akibat strok, lapor sebuah akhbar semalam.

Disifatkan para doktor hampir seperti mayat hidup, Mia menderita akibat ‘sindrom terkunci’ dan setakat ini, penyakit itu tidak dapat dirawat atau diubati.

Untuk berkomunikasi Mia, 21, terpaksa mengeja sesuatu perkataan dengan melirikkan matanya ke atas, bawah atau sisi bagi menunjukkan huruf pada sebuah papan abjad.

Gadis itu kini berada dalam jagaan kakitangan sebuah hospital di England tetapi keluarganya berhasrat membawanya pulang ke rumah mereka tidak lama lagi.

Walaupun lumpuh, gadis itu yang sebelum ini bekerja sebagai ejen pelancongan boleh melihat, mendengar dan berfikir.

“Mia sebelum ini cergas dan sihat sepenuhnya,” kata sepupunya, Sharon Jones, 42.

“Namun, dia tiba-tiba rebah pada satu malam pada bulan November tahun lalu dan keadaannya tidak berubah sejak dari itu,” tambahnya.

Sindrom terkunci merupakan keadaan apabila seseorang pesakit sedar tetapi tidak dapat bergerak atau berkomunikasi akibat lumpuh sepenuhnya kecuali bahagian mata.

Penyakit yang menyerang seorang dalam sejuta itu turut dihidapi seorang wartawan Perancis, Jean-Dominique Bauby, yang cuma boleh berkomunikasi dengan mengerlipkan kelopak mata kirinya.

Gadis, Gadis kini, Gadis terkini, Gadis terbaru, Gadis baru, Gadis skandal, gambar Gadis, foto Gadis, video Gadis, biodata Gadis, biografi Gadis, sejarah Gadis, web Gadis, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Gadisan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Gadis, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,