FPI pantau kes Peterporn

FPI pantau kes Peterporn

FPI pantau kes Peterporn

BANDUNG 24 Okt. – Barisan Pembela Islam (FPI) akan memantau kes perbicaraan Ariel alias Nazriel Irham (gambar) yang menjadi suspek kes video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari di Mahkamah Bandung bagi memastikannya mendapat hukuman yang setimpal.

Ketua FPI Bandung, Hilman Firdaus berkata, pihaknya telah berbincang dengan semua anggota untuk memantau kes perbicaraan bekas vokalis Peterpan itu.

“Kami mahu supaya perbicaraan ini nanti berjalan dengan lancar serta adil dan hakim dapat menjatuhkan hukuman yang sesuai dengan perbuatannya,” kata Hilmi, semalam.

Kes Ariel telah dipindahkan ke Bandung selepas kertas siasatan terhadapnya lengkap pada Rabu lalu.

Sebelum ini dia, ditahan di pusat tahanan ibu pejabat polis Indonesia selama 120 hari dan kes itu kemudiannya diserahkan kepada pendakwa raya di Bandung kerana lokasi kejadian berada di provinsi itu.

Namun sehingga kini, masih belum jelas apa tuduhan yang dikenakan terhadap Ariel di Bandung, sama ada melakukan rakaman video lucah itu atau menyebarkannya.

Sementara itu, kekasihnya Luna Maya kini ditahan di pusat tahanan Kebonwaru Bandung.

FPI, FPI kini, FPI terkini, FPI terbaru, FPI baru, FPI skandal, gambar FPI, foto FPI, video  FPI, biografi FPI, sejarah FPI, web FPI, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia