Final impian United-Villa

Final impian United-Villa

Final impian United-Villa

LONDON – Perlawanan akhir Piala Liga di antara penyandang juara, Manchester United dan Aston Villa esok, menjanjikan pertembungan menarik, bertepatan dengan edisi ke-50 kejohanan tersebut.

Villa, yang mengalahkan Rotherham United pada perlawanan timbal balas untuk memenangi kejohanan pertama pada 1960/ 1961, telah menang lima kali Piala Liga, berbanding tiga kali oleh United, salah satunya pada 1994.

Dengan kedua-dua pasukan mempamer prestasi baik dalam Liga Perdana, kehadiran mereka di Stadium Wembley Stadium, bakal menjadikan perlawanan akhir Jubli Emas itu saat yang pasti dikenang, terutama jika pengurus United, Alex Ferguson memilih pemain yang berada pada prestasi terbaik, Wayne Rooney untuk diturunkan.

Rooney, yang tidak beraksi ketika United mengalahkan Tottenham Hotspur menerusi penentuan penalti untuk menang perlawanan akhir musim lalu, ketika ini amat menyinar dengan menjaringkan 19 dalam 19 perlawanan terakhir, untuk keseluruhan 27 gol setakat ini.

Namun, secara tersirat Ferguson menyifatkan Rooney mungkin hanya mengisi kerusi simpanan, ketika dia mahu memenangi trofi utama ke-44 dalam kariernya.

Pilihan Ferguson dihampakan dengan masalah kecederaan pemain dan dia tidak berupaya untuk memilih Rio Ferdinand (cedera belakang), Ryan Giggs (patah tangan) atau pemain tengah dari Brazil, Anderson, yang terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini selepas masalah ligamen yang dialaminya, ketika menang 3-0 ke atas West Ham United, Selasa lalu.

Ditanya mengenai pemain pilihan, Ferguson berkata: “Saya berfikir mengenai pemain muda. Ada satu atau dua yang kini telah memasuki kategori seperti Darron Gibson, Jonny Evans dan Rafa Da Silva.

“Mereka perlu dipertimbangkan. Namun, kami mahu memenangi piala ini. Lebih menarik jika memenanginya dengan menurunkan pemain muda.

“Berada di Wembley pada perlawanan akhir, dan kami memperoleh peluang memenangi sesuatu.

”Satu-satunya cara untuk bergembira di Wembley ialah memenangi perlawanan itu nanti. Ia bukan hari yang menarik jika anda kalah.”

Nama pengurus Villa, Martin O’Neill sering berada pada tangga teratas dalam senarai, apabila perbincangan beralih kepada pengganti Ferguson di United, dan kemenangan ke atas United esok, bakal menambahkan lagi peluangnya terhadap tugas yang sememangnya diminati itu.

O’Neill menyasarkan dua kali beraksi di Wembley selepas pasukannya mengalahkan Crystal Palace 3-1 Rabu lalu, bagi memastikan kemaraan ke suku akhir Piala FA menentang Reading, hujung minggu depan.

Dia memburu kejuaraan ketiga sebagai jurulatih dalam saingan Piala Liga, selepas mengemudi kejayaan Leicester City pada 1997 dan 2000, tapi kalah pada perlawanan akhir 1999.

Villa juga terlibat dalam saingan untuk tempat ke empat Liga Perdana, slot ke Liga Juara-Juara musim depan dan Ferguson memuji kecemerlangan yang dilakukan oleh O’Neill.

Final, Final kini, Final terkini, Final terbaru, Final baru, Final skandal, gambar Final, foto Final, video Final, biodata Final, biografi Final, sejarah Final, web Final,Final  berita terkini, Final berita terbaru,Final  berita penting,Final  berita dunia, Final berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Final, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Final, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,