Ferrari lancar F10

Ferrari lancar F10

Ferrari lancar F10

MARANELLO, Itali – Ferrari melancarkan kereta baru Formula Satu (F1) untuk musim 2010, yang dinamakan F10, semalam dengan harapan untuk mengembalikan tradisi kemenangan pasukan itu pada perlumbaan musim ini.

Memang menjadi tradisi Ferrari menamakan keretanya dengan simbol ‘F’, namun tahun lepas model kereta itu dikenali sebagai ‘F60’, sempena 60 tahun penglibatan Ferrari dalam F1, namun ia gagal memberikan saingan.

”Kami telah melalui musim yang kurang berjaya, namun itu akan menjadi titik kebangkitan kami pada masa hadapan. Kami mahu kembali menang,” kata pengarah pasukan Ferrari, Stefano Domenicali.

Berdasarkan reka bentuk terbaru, kereta F10 itu menggunakan warna putih di bahagian sayap, bersesuaian dengan warna korporat penaja terbaru pasukan itu, sebuah bank dari Sepanyol, Santander.

Pada tahun lepas, Ferrari mengakhiri saingan mengecewakan, apabila berada di tangga keempat keseluruhan dalam kategori pengeluar.

Kimi Raikkonen, Felipe Massa dan Giancarlo Fisichella pula berada pada kedudukan 6, 11 dan 15 dalam kategori pemandu.

Fisichella menggantikan Massa semasa pertengahan musim, setelah pemandu dari Brazil itu nyaris maut apabila terlibat dalam kemalangan di Grand Prix Hungary, ekoran kecederaan teruk di bahagian kepala.

Massa disahkan akan kembali beraksi pada musim ini, sementara Fernando Alonso menggantikan Raikkonen, manakala Fisichella pula diletakkan sebagai pemandu simpanan.

Alonso merupakan juara dunia dua kali ketika bersama Renault. Ferrari menjangkakan pemandu Sepanyol itu akan menyerlah bersama mereka.

”Kami cukup bersedia dalam situasi sekarang, termasuk Alonso dan pasukan,” kata Domenicali.

Massa akan mengambil peranan menguji jentera baru F10 di litar milik Ferrari, Fiorano dan akan mengadakan sesi ujian rasmi di Valencia, Sepanyol, Isnin depan.

”Selepas musim yang kurang baik tahun lalu, Felipe boleh menunjukkan kembali siapakah dirinya yang sebenar,” kata Domenicali.

Perlumbaan pertama musim ini akan bermula di GP Bahrain pada 14 Mac.

Ferrari, Ferrari kini, Ferrari blog, Ferrari terbaru, Ferrari baru, Ferrari berita, gambar Ferrari, foto Ferrari, video Ferrari, biodata Ferrari, biografi Ferrari, sejarah Ferrari, web Ferrari, Ferrari terkini, Ferrari terbaru, Ferrari penting, Ferrari dunia, Ferrari Ferrari, Ferrari malaysia, Ferrari melayu, Ferrari indon, Ferrari indonesia, Ferrari kl, Ferrari tv,, Ferrari gay, Ferrari artis, Ferrari hiburan, Ferrari sukan, Ferrari ekonomi, Ferrari sains, Ferrari teknologi, Ferrari kesihatan, Ferrari sejarah, Ferrari politik, Ferrari bf1, dunia, Ferrari, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi