Ferguson mula lancar perang psikologi

Ferguson mula lancar perang psikologi

Ferguson mula lancar perang psikologi

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson cuba memberikan tekanan kepada Manchester City menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi esok.

Ferguson menganggap City akan menghadapi perlawanan di Eastlands itu dengan lebih bersungguh-sungguh berbanding United.

Katanya, musuh tradisi mereka itu lebih terdesak untuk menamatkan kemarau panjang tanpa gelaran.

City gagal tampil pada perlawanan akhir kejohanan besar di England sejak 1981 selain kali terakhir menjulang trofi Piala Liga adalah pada tahun 1976.

Ia sama sekali berbeza apabila United berjaya menjulang trofi Liga Perdana England sebanyak 11 kali, dua kejuaraan Eropah dan lima kali memenangi Piala FA sejak Ferguson menguruskan pasukan itu sepanjang 24 tahun lalu.

“Bertemu United di separuh akhir selepas mereka gagal ke final sejak sekian lama pasti memberi tekanan kepada City buat masa ini.

“Jadi sudah tentu ini perlawanan yang cukup penting bagi mereka berbanding kami. Satu pertembungan penuh emosi dan penting buat para penyokong,” kata Ferguson.

Pengurus veteran itu telah mengesahkan pemain-pemain muda seperti Darron Gibson, Rafael dan Fabio da Silva pasti akan diturunkan pada aksi menentang anak-anak buah Roberto Mancini itu.

“Kami tidak memandang rendah lawan dan saya sentiasa beri penuh perhatian terhadap perlawanan ini.

“Kami tetap mahu berada pada kedudukan selesa apabila kami menanti kunjungan City dalam perlawanan kedua di Old Trafford nanti,” jelas Ferguson.

Sementara itu, City akan turun pada pertemuan setempat ini dengan rekod yang sedikit tercalar apabila tewas 0-2 kepada Everton pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.

Ferguson berita, Ferguson, Ferguson istri, Ferguson poster, Ferguson terkini, Ferguson foto, Ferguson foto, buku Ferguson, Ferguson foto, Ferguson video, Ferguson ayunan, Ferguson turnamen, Ferguson master, Ferguson dukungan, Ferguson hangat, Ferguson privasi, Ferguson yayasan, Ferguson informasi, Ferguson info,  Ferguson harian, Ferguson poster, Ferguson jadwal, Ferguson latar belakang, Ferguson video, Ferguson film, Ferguson tanda tangan, Ferguson wallpaper, Ferguson biografi, Ferguson blog, Ferguson usia, Ferguson  profil, website Ferguson,Ferguson  foto, Ferguson  berat, Ferguson wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi