Ferguson kecewa keputusan seri

Ferguson kecewa keputusan seri

Ferguson kecewa keputusan seri

LONDON – Alex Ferguson mengakui Manchester United berasa kecewa setelah pasukannya hanya mampu memperoleh keputusan seri 2-2 ketika menentang Fulham di Craven Cottage, kelmarin.

Sepakan penalti yang diambil oleh Nani gagal menyumbang gol kepada United untuk memperoleh kedudukan 3-1 dan enam minit kemudian pemain pertahanan Fulham, Brede Hangeland melakukan jaringan sehingga menjadikan kedudukan terikat pada minit ke-89.

Pengurus United itu berkata, pasukannya telah bekerja keras untuk mendahului lawan bagaimanapun tekanan yang diberikan Fulham menyebabkan skuadnya bimbingannya gagal mengekalkan kedudukan pendahulu perlawanan.

Sementara itu, Chelsea yang kini berada pada kedudukan selesa selepas menang besar 6-0 pada perlawanan menentang Wigan menyebabkan Ferguson beranggapan pasukannya hilang sentuhan juara pada perlawanan peringkat awal musim ini.

”Anda tentu tidak mahu menyebabkan kutipan mata anda jatuh dan di sini kami telah menyebabkan ia berlaku.

”Kami tidak boleh lari daripada perkara itu, tentu kelebihan mata memihak kepada kami jika mampu mengekalkan kedudukan 3-1.

”Saya tidak rasa sepatutnya kami dapat mendahului lebih daripada 2-1 dan peluang yang ada sewajarnya kami gunakan sebaiknya, namun semua itu berlaku tidak seperti yang dirancang.

”Saya juga amat terkejut apabila peluang yang diberikan kepada pasukan ini gagal dilaksanakan malah saya juga amat kecewa bagaimanapun pasukan kami adalah yang terbaik ketika separuh masa kedua.

”Sepatutnya saya memberikan Ryan untuk mengambil sepakan penalti itu kerana sebelum ini Ryan berjaya menjaringkan sepakan penalti sewaktu menentang Tottenham,” kata Ferguson

Wayne Rooney terlepas perlawanan itu kerana tidak sihat, namun Ferguson meramalkan penyerang England itu akan kembali pada perlawanan minggu depan ketika West Ham berkunjung ke Old Trafford.

”Wayne tidak sihat dan mungkin tidak ada apa-apa halangan dia akan kembali beraksi pada Sabtu ini.

”Jika dia kembali pulih, Khamis dan Jumaat ini dia akan kembali berlatih bersama kami,” katanya.

Ferguson, Ferguson kini, Ferguson terkini, Ferguson terbaru, Ferguson baru, Ferguson skandal, gambar Ferguson, foto Ferguson, video Ferguson, biodata Ferguson, biografi Ferguson, sejarah Ferguson, web Ferguson, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia