Ferdinand tidak simpan dendam

Ferdinand tidak simpan dendam

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand (gambar) mengakui yang dia tidak menyimpan dendam dengan John Terry berhubung isu kapten skuad kebangsaan England.

Sebaliknya, Ferdinand mendesak rakan sepasukannya itu untuk bermain bersama-sama, sekali mencatat kemenangan ke atas Wales pada aksi kela- yakan Euro 2012 menentang Wales di Cardiff, Sabtu ini.

Ferdinand selaku bekas kapten England dilaporkan telah menghubungi sendiri Terry yang dilantik semula menjadi kapten oleh pengurus England, Fabio Capello minggu ini.

Dia juga mengucapkan selamat maju jaya kepada kapten Chelsea itu menjelang pertembungan penting.

Ferdinand turut menjelaskan kepada Terry bahawa isu berkaitan pelantikan kapten itu hanya melibatkan dia dengan Capello dan apa yang disesalinya, pengendali dari Itali itu langsung tidak berbincang dengannya.

Capello juga enggan membincangkan mengenai keputusan itu dengan dua lagi calon kapten iaitu Steven Gerrard dan Frank Lampard.

“Ferdinand telah mengucapkan selamat maju jaya kepada Terry untuk aksi dengan Wales dan memberitahu bahawa dia yakin Terry mampu membimbing pasukan itu untuk mencapai kemenangan.

“Ferdinand dan Terry sebenarnya telah membuat perjanjian bersama sebelum ini. Mungkin Capello perlu mengetahui perkara tersebut,” kata sumber rapat dengan Ferdi- nand.

Ferdinand, Ferdinand  berita, Ferdinand  majalah, Ferdinand sukan, Ferdinand eropah, Ferdinand gambar, Ferdinand  foto, Ferdinand, Ferdinand berita dunia, Ferdinand berita baru, Ferdinand berita-berita, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita penting, berita bulan, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan