Federer tampil bergaya

Federer tampil bergaya

Federer tampil bergaya

STOCKHOLM – Bintang Switzerland, Roger Federer mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Stockholm kelmarin.

Federer yang tampil pada aksi ke-900 dalam Jelajah ATP itu, menewaskan pemain Amerika Syarikat, Taylor Dent 6- 1, 6-2 dalam masa 51 minit.

Federer kini mencatat kemenangan ke-727 sepanjang kariernya.

“Mengharungi 900 perlawanan merupakan jumlah yang besar dan banyak perkara yang berlaku sepanjang karier saya ini,” jelas Federer.

“Ada masanya saya tewas tetapi kebanyakan daripadanya saya menang dan sudah tentu saya gembira dengan pencapaian ini.

“Saya rasa, dalam beberapa tahun lagi saya akan melepasi 1,000 perla- wanan.”

Pada aksi kelmarin, Federer hanya mengambil masa 17 minit sahaja untuk menang set pertama.

Meskipun corak permainan Dent bertambah agresif pada set kedua, na- mun ia tidak memadai untuk menewaskan Federer yang juga juara Grand Slam sebanyak 16 kali.

“Saya berpuas hati dengan prestasi saya hari ini (kelmarin),” tambah Federer.

“Saya kurang melakukan kesilapan dan masih mampu untuk mempelba- gaikan pukulan.”

Pada pusingan suku akhir, Fede- rer bakal bertemu rakan senega- ranya, Stanislas Wawrinka.

Pemain pilihan kedua, Robin Soderling turut mara selepas menewaskan pemain Jerman, Benjamin Becker 6-3, 6-3 sementara Ivan Ljubicic dari Croatia menundukkan pemain Perancis, Arnaud Clement 6-3, 6-4.

Federer, Federer kini, Federer terkini, Federer terbaru, Federer baru, Federer skandal, gambar Federer, foto Federer, video Federer, biografi Federer, sejarah Federer, web Federer, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia