Federer cemas sebelum mara

Federer cemas sebelum mara

Federer cemas sebelum mara

MELBOURNE, Australia – Pemain No.1 dunia, Roger Federer cemas pada pusingan pertama kejohanan Terbuka Australia, sebelum menundukkan pemain Rusia, Igor Andreev 4-6, 6-2, 7-6 (2), 6-0, semalam.

Federer, yang memburu kejuaraan Grand Slam ke-16, kalah pada set pembukaan namun, bangkit menewaskan pemain di ranking ke-37 dunia itu dalam masa dua jam, 44 minit perlawanan di Arena Rod Laver.

Bintang Switzerland itu mendominasi permainan keempat, bagi memastikan perlawanan berakhir tanpa keputusan yang sama seperti mana perlawanan sebelum ini di Arena Rod Laver – apabila dia kalah kepada Rafael Nadal pada perlawanan akhir kejohanan di sini, tahun lalu.

“Ia merupakan perlawanan pusingan pertama yang sangat sukar. Saya amat lega. Saya rasa sudah pasti saya bertuah kerana berjaya melepasi pusingan ini. Tuah memihak kepada saya pada permainan ketiga,’’ katanya.

Federer tidak pernah kalah pada pusingan pertama sejak Terbuka Perancis 2003, kejohanan yang disertainya sebelum menang kejohanan Wimbledon iaitu kejuaraan pertama daripada 15 kejuaraan Grand Slam.

“Saya lebih suka perlawanan mudah, namun perlawanan ini agak lancar,’’ katanya.

Ketika Federer tercicir set pertama, Serena Williams pula mengadakan sidang akhbar, membincangkan betapa bangganya selepas dia melebarkan rekod tanpa kalah pada pusingan pertama kejohanan utama.

Dia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan di Terbuka Australia dengan kemenangan 6-2, 6-1, ke atas pemain Poland berusia 18 tahun Urszula Radwanska.

Kemenangan itu mirip perlawanan sebelum ini di Melbourne Park – menang 6-0, 6-3 ke atas pemain No.2 dunia Dinara Safina pada perlawanan akhir di sini tahun lalu – kemudian mengalami kekalahan terakhir pada kejohanan besar kepada Kim Clijsters pada separuh akhir di Flushing Meadows.

Pada sidang akhbar tersebut, dia melahirkan rasa kecewa akibat kekecohan yang tercetus pada Terbuka Amerika Syarikat, sebelum ini.

Kecaman pemain itu terhadap penjaga garisan, yang mendakwanya melakukan kesalahan ketika perlawanan, menyebabkan Williams di denda AS$82,500 dan digantung, bermakna dia tidak akan beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat, jika dia melakukan kesalahan yang sama pada mana-mana kejohanan Grand Slam dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pemain Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan lutut pada kejohanan Antarabangsa Sydney Jumaat lalu dan kemudian berkata, dia tidak kisah dengan kecederaan tersebut.

Williams beraksi dalam keadaan paha kanannya berbalut, tetapi berkata, ia lebih kepada langkah berjaga-jaga dan ia tidak menyekat pergerakannya.

Sementara itu, dalam lain-lain perlawanan, pilihan keenam Nikolay Davydenko, pemain No. 9 dunia, Fernando Verdasco — yang kalah pada perlawanan separuh akhir lima set kepada Nadal di sini tahun lalu, pemain No. 10 dunia, Jo-Wilfried Tsonga, Gael Monfils, Stanislas Wawrinka dan pemain No. 21 dunia, Tomas Berdych dan John Isner, kesemuanya mara.

Pemain di ranking No. 8 dunia, Robin Soderling dari Sweden, yang menamatkan penguasaan Nadal pada Terbuka Perancis, mendahului dua set sebelum kalah kepada Marcel Granollers dari Sepanyol.

Pemain No. 16 dunia, Tommy Robredo, Sam Querry dan Jurgen Melzer juga tersingkir.

Fabrice Santoro melebarkan penyertaan pada kejohanan Grand Slam, tetapi hanya mampu bertahan pada perlawanan pertama, apabila kalah 7-5, 7-5, 6-3 kepada pilihan ke-14, Marin Cilic dari Croatia.

Pemain Perancis berusia 37 tahun itu, yang memulakan karier Grand Slam pada Terbuka Perancis pada 1989, bersara tahun lalu, tetapi kembali beraksi di Melbourne Park untuk rekod penyertaan ke-70 pada kejohanan utama.

Ana Ivanovic, yang mara ke perlawanan akhir Terbuka Australia tahun lalu, memulakan saingan dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas pemain Amerika Syarikat, Shenay Perry.

Pemain No. 8 dunia, Jelena Jankovic, Marion Bartoli, Sam Stosur dan Nadia Petrova juga mara bersama-sama Aravane Rezai, yang mengalahkan pemain India, Sania Mirza 6-4, 6-2. Pemain No. 18 dunia, Virginie Razzano dan Dominika Cibulkova tersingkir.

Dalam pertembungan yang disifatkan oleh WTA sebagai perlawanan paling lama pada kejohanan utama dalam era kejohanan Terbuka, Barbora Zahlavova Strycova dari Republik Czech Republic memerlukan empat jam, 19 minit untuk mengalahkan pemain Rusia, Regina Kulikova 7-6 (5), 6-7 (10), 6-3.

Federer cemas berita terkini,Federer cemas berita,Federer cemas berita hari ini,Federer cemas berita minggu,Federer cemas berita terbaru,Federer cemas berita ekonomi,Federer cemas berita dunia,Federer cemas berita harian,Federer cemas berita acara,Federer cemas informasi,Federer cemas berita online,Federer cemas indon,Federer cemas berita berita,Federer cemas penting,Federer cemas turnamen ,Federer cemas berita internasional, Federer cemas sukan,Federer cemas kesihatan, Federer cemas sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi