Fabregas selamatkan Barca

Fabregas selamatkan Barca

BARCELONA – Jaringan klinikal Cesc Fabregas menuju penghujung permainan menyelamatkan Barcelona daripada mengalami kekalahan mengejut apabila mengikat Valencia 2-2 dalam saingan La Liga, semalam.

Keputusan seri yang dialami penyandang juara, Barcelona dan Real ini membolehkan Valencia mendahului liga dengan 10 mata daripada empat perlawanan, manakala Malaga dan Real Betis di tangga kedua serta ketiga selepas berkongsi sembilan mata.

Dalam perlawanan semalam, Valencia mendahului penyandang juara, Barca hanya 11 minit selepas permainan bermula apabila Eric Abidal tertolak sepakan lintang Jeremy Mathieu ke gawang sendiri.

Dua minit kemudian, Pedro Rodriguez berjaya menyamakan kedudukan hasil gerakan dengan Fabregas dan Lionel Messi.

Valencia mendahului sekali lagi pada minit ke-22 menerusi Pablo Hernandez.

Barcelona terpaksa menunggu sehingga minit ke-76 untuk mencari gol penyamaan, sekali lagi hasil kombinasi baik Messi dan Fabregas.

“Orang yang tidak terlibat secara langsung dalam sukan akan berkata, persaingan liga adalah di antara dua pasukan iaitu Barca dan Real tetapi jurulatih dan pemain tidak akan bercakap begitu.

“Valencia hari ini membuktikan mereka sebuah pasukan yang kuat dan boleh memenangi banyak perlawanan. “Saya tidak terlalu kecewa dengan keputusan kerana kami juga masih mempunyai pilihan untuk memenangi banyak lagi gelaran,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

Sementara itu jurulatih Real, Jose Mourinho melakukan rombakan daripada skuad yang dikejutkan 0-1 oleh Levante hujung minggu lalu, namun ia tidak memberi impak kepada pasukan yang mempamer aksi kurang efektif.

Fabregas, Barca, BARCELONA, Jaringan, klinikal, Cesc, Fabregas, menuju, penghujung, permainan, menyelamatkan, Barcelona, mengalami, kekalahan, mengejut, mengikat, Valencia, saingan, La, Liga, semalam, Keputusan, seri, penyandang, juara, Real, Valencia, mendahului, liga, mata, daripada, empat, perlawanan, Malaga, Real Betis, berkongsi, sembilan, mata, Eric, Abidal, tertolak, sepakan, lintang, Jeremy, Mathieu, gawang, sendiri, Dua, minit, kemudian, Pedro Rodriguez, berjaya, menyamakan, kedudukan, hasil, gerakan, berita sukan, berita antarabangsa, berita dunia, berita asia, berita melayu, berita negara asia, berita bolasepak, web berita, gambar berita, foto berita, galeri berita