Fabregas berkeras mahu ke Barca

Fabregas berkeras mahu ke Barca

NYON, Switzerland – Arsenal tetap menyenaraikan pemain yang menjadi sasaran Barcelona, Cesc Fabregas dalam skuad yang akan menentang Udinese pada perlawanan playoff Liga Juara-Juara.

Di bawah peraturan UEFA, pemain yang beraksi pada perlawanan playoff dalam sebuah pasukan, dilarang membuat penampilan bersama pasukan lain.

Fabregas dilaporkan mungkin enggan untuk beraksi menentang Udinese kerana mahu mengekalkan peluang ke Barcelona.

Arsenal menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama pada Selasa ini, disusuli perlawanan kedua pada 24 Ogos di Itali.

Barcelona cuba mendapatkan Fabregas dari Arsenal sejak lebih setahun lalu dan berharap dapat menandatangani bekas pemain muda mereka itu sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir hujung bulan ini.

Fabregas, yang juga ketua pasukan Arsenal dinamakan sebagai pemain paling atas dalam senarai yang dihantar kepada UEFA, diikuti Robin van Persie yang bakal mengemudi pemain Gunners di atas padang padang seandainya pemain Sepanyol itu menarik diri.

Van Persie digantung perlawanan untuk pusingan pertama di laman sendiri menentang Udinese selepas dilayangkan kad merah ketika Gunners kalah pada peringkat 16 pasukan terakhir musim lalu kepada Barcelona.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan pemain tengah, Samir Nasri juga bakal terlepas aksi pusingan pertama di London selepas berkelakuan kurang sopan kepada pengadil Massimo Busacca di Barcelona.

UEFA menerima senarai 25 pemain untuk beraksi pada playoff dalam senarai ‘A’ bagi pemain yang layak pada tarikh tutup Isnin lalu.

Kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara juga boleh menyenaraikan pemain muda tempatan dalam senarai ‘B’.

Selain dua nama tersebut, Arsenal turut menyenaraikan pemain Alex Chamberlain dalam senarai ‘A’, beberapa jam selepas proses perpindahan pemain itu selesai.

Wenger menyenaraikan lebih 25 nama kerana pemain seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey dan Wojciech Szczesny boleh diletakkan dalam senarai ‘B’.

Kesemua pemain tersebut lahir sejak 1990 dan telah bersama dengan kelab berkenaan lebih dua tahun.

fabregas, mahu, online, berkeras, fabregas berkeras, berkeras mahu, barca, mahu barca, sukan, luar, negara, luar negara, Arsenal, menyenaraikan, pemain sasaran, Barcelona, Cesc Fabregas, skuad, menentang, Udinese, playoff, Liga Juara-Juara, Van Persie, digantung, perlawanan, pusingan, pertama, laman sendiri, menentang, Udinese, kad merah, Gunners, terakhir, musim, Barcelona, Pengurus, Arsenal, Arsene Wenger, pemain, tengah, Samir Nasri, pertama, London, selepas, pengadil, Massimo Busacca, Barcelona