FA layan kelab ‘macam sampah’

FA layan kelab ‘macam sampah’

MANCHESTER – Alex Ferguson merungut bahawa Persatuan Bola Sepak (FA) England sering melayan Manchester United ‘macam sampah’ biarpun dia biasanya terpaksa melepaskan sejumlah besar pemain untuk membawa cabaran skuad antarabangsa.

Pengurus England, Fabio Capello bakal mengumumkan senarai pasukan yang akan menyarung jersi Three Lions dalam pusingan kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Wales.

Meskipun ada beberapa pemain yang terpaksa diketepikan, termasuk Michael Carrick, namun United tetap dijangka memiliki lapan wakil dalam skuad kebangsaan.

Ferguson gembira kerana ramai pemainnya diberi penghormatan membawa cabaran England tetapi pada masa yang sama tidak gembira kerana FA sering melayannya dengan buruk biarpun United menjadi pembekal utama tonggak pasukan kebangsaan.

Musim lalu digantung dua perlawanan manakala Wayne Rooney digantung pada separuh akhir Piala FA menentang Manchester City.

Ketika ditanya mengenai skuad England, Ferguson membalas: “Ia menakjubkan, FA sudah tentu sedar betapa kami membekalkan pemain paling banyak dalam skuad kebangsaan.

“Mungkin mereka patut lebih menghargai kami daripada melayan kami macam sampah. Saya gembira dengan pemain, mereka sangat cemerlang.”

layan, kelab, ‘macam sampah’,Alex Ferguson, Persatuan, Bola Sepak, England, Manchester United, ‘macam sampah’ melepaskan, sejumlah, besar, pemain, cabaran, skuad, antarabangsa, Pengurus, England, Fabio Capello, bakal, pasukan, menyarung, jersi, Three, Lions, pusingan, kelayakan, Euro, menentang, Bulgaria, Wales, Michael Carrick, United, memiliki, lapan, skuad, kebangsaan, akhir, Piala FA, menentang, Manchester City, Bulgaria, Wales, Wayne Rooney, jersi, Three, Lions