Emmanuelle Chriqui wanita paling diidami

Emmanuelle Chriqui wanita paling diidami

Emmanuelle Chriqui wanita paling diidami

LOS ANGELES 20 Jan. – Aktres Kanada, Emmanuelle Chriqui kini menduduki tangga teratas tinjauan pendapat tahunan yang menyenaraikan 99 wanita idaman dunia, dengan penganjur menyatakan pemilihan itu dibuat oleh kerana gambarnya tidak banyak terpampang dalam majalah selebriti.

Pelakon berusia 32 tahun yang dikenali melalui siri televisyen Entourage, dipilih oleh laman web AskMen.com semalam, sebagai wanita dengan kualiti yang dimahukan lelaki sebagai teman wanita atau isteri, mengalahkan pemegang tempat pertama tahun lalu, Eva Mendes.

Senarai ”99 Wanita Paling Menjadi Idaman” yang masuk tahun ke-10, memilih Katherine Heigl, Beyonce, Jessica Alba dan Adriana Lima sebagai pemenang tahun-tahun sebelum ini.

“Mendengar bagaimana undian dibuat adalah pujian tertinggi kerana ia berdasarkan wanita yang baik. Ia sangat memberi semangat dan merupakan penghargaan besar kepada saya,” kata Chriqui dalam satu kenyataan selepas hanya mendapat tempat ke-12 tahun lalu.

Di tempat kedua dalam tinjauan pendapat tahun 2010 yang melibatkan lapan juta undian adalah model Amerika Syarikat (AS), Marisa Miller sementara tangga ketiga jatuh kepada aktres Britain, Kate Beckinsale.

Ketua editor AskMen.com, James Bassil berkata, peranan Chriqui dalam Entourage yang membawa watak comel dan teman wanita ideal banyak membantu dalam tinjauan pendapat itu, tambahan lagi dia tidak terlalu menonjol.

“Kita tidak banyak melihatnya. Dia bukan orang yang gemar bercampur dengan orang ramai dan ia menimbulkan ruang imaginasi. Dia tidak melakukan perkara yang menarik perhatian dan menjejaskan imejnya,” ujarnya lagi.

Chriqui sebelum ini pernah muncul dalam beberapa filem seperti Don’t Mess With The Zohan dan siri televisyen The O.C. dan Entourage.

Selebriti seperti Paris Hilton dan Britney Spears yang kerap muncul dalam media bagaimanapun langsung tidak tersenarai dalam carta 2010 ini.

Emmanuelle Chriqui berita, Emmanuelle Chriqui, Emmanuelle Chriqui istri, Emmanuelle Chriqui poster, Emmanuelle Chriqui terkini, Emmanuelle Chriqui foto, Emmanuelle Chriqui foto, buku Emmanuelle Chriqui, Emmanuelle Chriqui foto, Emmanuelle Chriqui video, Emmanuelle Chriqui ayunan, Emmanuelle Chriqui turnamen, Emmanuelle Chriqui master, Emmanuelle Chriqui dukungan, Emmanuelle Chriqui hangat, Emmanuelle Chriqui privasi, Emmanuelle Chriqui yayasan, Emmanuelle Chriqui informasi, Emmanuelle Chriqui info,  Emmanuelle Chriqui harian, Emmanuelle Chriqui poster, Emmanuelle Chriqui jadwal, Emmanuelle Chriqui latar belakang, Emmanuelle Chriqui video, Emmanuelle Chriqui film, Emmanuelle Chriqui tanda tangan, Emmanuelle Chriqui wallpaper, Emmanuelle Chriqui biografi, Emmanuelle Chriqui blog, Emmanuelle Chriqui usia, Emmanuelle Chriqui  profil, website Emmanuelle Chriqui,Emmanuelle Chriqui  foto, Emmanuelle Chriqui  berat, Emmanuelle Chriqui wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia,sukan,sains,teknologi