Eduardo dapat sambutan hangat di Emirates

Eduardo dapat sambutan hangat di Emirates

Eduardo dapat sambutan hangat di Emirates

LONDON – Eduardo da Silva menerima sambutan hangat dari penyokong Arsenal selepas kembali ke Stadium Emirates, pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara tuan rumah dan Shakhtar, kelmarin.

Ketika pasukannya ketinggalan 0-5 kepada Arsenal, Eduardo melakukan rembatan voli bagi memastikan gol sagu hati Shakhtar, yang disambut gembira oleh penyokong Gunners.

Eduardo, yang beraksi selama tiga tahun bersama Arsenal, diingati ekoran kecederaan teruk yang hampir menyebabkan dia bersara awal pada Februari, 2008.

Para penyokong Arsenal bersorak sambil menyebut, ”Eduardo! Eduardo!”, yang dibalas dengan tepukan oleh penyerang itu pada penghujung perlawanan.

”Sekiranya anda mahukan sesiapa menjaringkan gol untuk Shakhtar, orangnya adalah Eduardo,” kata pengurus Arsenal, ArWenger.

Gol itu mengingatkan harapan penyokong Arsenal terhadap Eduardo yang dibeli dengan harga 7.5 juta pound (RM36.9 juta) pada Julai 2007.

Dia berjaya menjaringkan 12 gol dalam 31 perlawanan, sebelum patah kaki dan cedera buku lali ketika seri 2-2 dengan Birmingham.

Selepas pulih daripada kecederaan, dia menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan, namun gagal menemui prestasi terbaiknya selepas setahun berehat.

Wenger sedar Eduardo boleh menyerlah di Arsenal, jika dia berada pada puncak prestasi.

”Dia mempunyai kelas untuk menjadi pemain Arsenal. Saya bekerja keras membawanya ke sini, namun ketika dia meninggalkan kami, saya rasa dia tidak dapat memenuhi prestasi yang diharapkan pada tahun pertama di sini.

”Ia disebabkan kesan daripada kecederaan yang terlalu lama dan terdapat pemain lain yang lebih menyerlah, ” kata Wenger.

Eduardo, Eduardo kini, Eduardo terkini, Eduardo terbaru, Eduardo baru, Eduardo skandal, gambar Eduardo, foto Eduardo, video Eduardo, biografi Eduardo, sejarah Eduardo, web Eduardo, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia