Dua penalti beri United tiga mata

Dua penalti beri United tiga mata

BUCHAREST – Wayne Rooney menyempurnakan dua penalti bagi memastikan Manchester United meraih kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara dengan menumpaskan kelab dari Romania Otelul Galati 2-0 semalam.

Rooney tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-64 sebelum dia sekali lagi menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi memberikan tiga mata kepada United, yang seri dalam dua perlawanan awal dengan FC Basel dan Benfica.

Keputusan itu memastikan United berada pada tangga kedua Kumpulan C dengan baki tiga perlawanan, dua mata di belakang Benfica.

Sementara itu, Benfica yang belum lagi berkunjung ke Old Trafford, mencatat kemenangan ke atas Basel di tempat lawan.

Namun kemenangan United direncatkan dengan layangan kad merah ketua pasukan, Nemanja Vidic yang baru kembali beraksi musim ini.

“Anda perlu bekerja keras apabila beraksi di tempat lawan untuk menang. Mereka menyukarkan peluang kami, tetapi kami sentiasa mengawal permainan.

“Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Kami perlu bersabar dan yakin dengan permainan sendiri,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Ferguson menambah, layangan kad merah kepada Vidic agak keterlaluan namun berkata, United tidak akan mengemukakan rayuan.

“Ia (kad merah) cukup mendukacitakan. Dia ada mengangkat kaki namun dalam konteks reaksi pengadil, anda semua boleh lihat mengapa dia dibuang padang. Saya rasa ia satu keputusan yang tidak patut, ” jelasnya.

Dua, penalti, United, tiga, mata, BUCHAREST, Wayne Rooney, menyempurnakan, dua, penalti, Manchester United, meraih, kemenangan, pertama, Liga Juara-Juara, menumpaskan, kelab, Romania, Otelul, Galati, semalam, Rooney, tenang, menyempurnakan, penalti, menjaringkan, gol, kecederaan, memberikan, tiga, mata, seri, dua, perlawanan, awal, FC Basel, Benfica, Nemanja Vidic, kembali, beraksi, musim, kad merah, Alex Ferguson, baru, berita ekonomi, berita teknologi, biodata Silver Arrow, dunia, foto, gambar, indon, indonesia, macam macam, malaysia, melayu, berita sukan, berita bolasepak, berita web, foto berita, gambar berita, biografi berita