Drogba kembali perkuat Chelsea

Drogba kembali perkuat Chelsea

Drogba kembali perkuat Chelsea

LONDON – Carlo Ancelotti yakin kehadiran semula Didier Drogba dalam skuad Chelsea minggu ini akan memberi impak besar kepada pasukan itu untuk memburu kejuaraan liga.

Meskipun tanpa Drogba, pasukan bimbingan Ancelotti masih berupaya menjaringkan 16 gol dalam empat perlawanan tanpa dikalahkan.

Jumlah jaringan besar tersebut dicatatkan termasuk ketika skuad Blues menundukkan Birmingham 3-0, kelmarin.

Malah, kemenangan selesa itu meletakkan kembali Chelsea di tangga teratas Liga Perdana England, mengatasi Manchester United dengan kelebihan satu mata.

Dua jaringan Frank Lampard dan satu daripada Florent Malouda, melengkapkan kemenangan kelab terkemuka England itu ke atas Birmingham.

Kemenangan terbaru itu juga membolehkan Chelsea menjarakkan diri dengan Arsenal dengan dua mata.

Bagaimanapun, Chelsea masih kurang satu perlawanan, berbanding kedua-dua pesaing utamanya itu.

Perlawanan minggu ini, menyaksikan Blues berkunjung ke Burnley, dan Ancelotti pasti ingin menggunakan senjata utamanya, Drogba pada pertembungan tersebut.

Drogba kini sudah selesai daripada tugasnya di peringkat antarabangsa pada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Sementara itu, United akan berkunjung ke Arsenal selepas 24 jam pertemuan Chelsea dengan Burnley.

Bagi Ancelotti, dia yakin pasukan bimbingannya mampu mengukuhkan kedudukan pendahulu.

“Kami berkelebihan satu mata (ke atas United) dan mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan, kami juga meninggalkan Arsenal dengan dua mata.

“Apa yang lebih penting, United akan menentang Arsenal, Ahad ini, jadi salah satu pasukan akan ketinggalan lebih jauh dari kami.

”Kami mungkin boleh memperbaiki kedudukan dan menjarakkan mata apabila turun bertemu Burnley, Sabtu ini ,” kata Ancelotti.

Tanpa khidmat Drogba, Nicolas Anelka diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan Chelsea.

Namun, Ancelotti memberi isyarat dia gembira untuk mengandingkan kedua-dua penyerang berbisa itu sepanjang musim ini.

Malah, dia juga tidak melihat sebarang dilema apabila menerima semula kehadiran Drogba dan rakan senegaranya dari Ivory Coast, Salomon Kalou.

“Saya berpandangan bahawa kami memerlukan Drogba kerana dia seorang penyerang yang mengagumkan. Apabila memilikinya, kami masih boleh beraksi dengan corak permainan sama.

“Falsafah dan sasaran kami tidak akan berubah iaitu bermain bola sepak dengan baik dan mencatat kemenangan.

”Kami tidak akan mengubahnya. Pasukan ini akan mengekalkan sistem yang sama.

“Dia mempunyai permulaan yang mengagumkan musim ini dan dia juga seorang pemain sangat penting untuk pasukan ini pada masa depan,” kata Ancelotti.

Drogba, Drogba kini, Drogba blog, Drogba terbaru, Drogba baru, Drogba berita, gambar Drogba, foto Drogba, video Drogba, biodata Drogba, biografi Drogba, sejarah Drogba, web Drogba, Drogba terkini, Drogba terbaru, Drogba penting, Drogba dunia, Drogba Drogba, Drogba malaysia, Drogba melayu, Drogba indon, Drogba indonesia, Drogba kl, Drogba tv,, Drogba gay, Drogba artis, Drogba hiburan, Drogba sukan, Drogba ekonomi, Drogba sains, Drogba teknologi, Drogba kesihatan, Drogba sejarah, Drogba politik, Drogba bf1, dunia, Drogba, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi