Drogba kembali, mahu gempur Wolves

Drogba kembali, mahu gempur Wolves

Drogba kembali, mahu gempur Wolves

LONDON – Chelsea boleh menarik nafas lega apabila penyerangnya, Didier Drogba telah pulih sepenuhnya daripada masalah kesihatan, sekali gus akan diturunkan pada perlawanan Liga Perdana menentang Wolves, hari ini.

Masalah kesihatan yang dialaminya, menyebabkan Drogba terpaksa direhatkan, ketika skuad Blues menentang Aston Villa.

Drogba juga tidak beraksi ketika Chelsea menang ke atas Spartak Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

Bintang Ivory Coast itu berharap dapat diturunkan hari ini, bagi melayan kunjungan Wolves di Stamford Bridge, selain mahu membantu Chelsea memperoleh kemenangan, setelah seri tanpa jaringan dengan Aston Villa, Sabtu lalu.

Keadaan Drogba yang semakin pulih sepenuhnya, merupakan berita gembira buat pengurus Carlo Ancelotti.

Ini kerana, selain Drogba, Salomon Kalou juga dilaporkan telah pulih daripada kecederaan dan bersedia untuk beraksi.

Tanpa Drogba dan Kalou, Ancelotti terpaksa bergantung kepada pemain muda seperti Patrick Van Aanholt, 20, Gael Kakuta, 19, dan Josh McEachran, 17, yang diturunkan ketika menentang Spartak.

‘‘Mereka telah mula berlatih bersama kami, malah mereka mempunyai sikap yang bagus. Jika mereka bersama skuad ini, peluang untuk memperoleh kemenangan terbuka luas.

‘‘Skuad ini adalah yang terbaik kerana mempunyai kombinasi pemain lama dan baru.

‘‘Pemain lama akan berkongsi pengalaman mereka dengan pemain baru untuk memperkuatkan lagi pasukan ini,’’ kata Kalou.

Ancelotti juga menyatakan, pemain muda pasukannya mempunyai masa depan yang cerah.

Namun, apabila menentang Wolves hari ini, kesemua penyerangnya telah sedia untuk beraksi, termasuk Florent Malouda, yang menjaringkan enam gol setakat ini.

Malouda berkata, dia begitu bersemangat sejak menyertai Chelsea, walaupun dia pernah menerima ejekan ketika pasukan itu menentang kelab Perancis, Marseille awal musim ini.

‘‘Pengalaman itu membuatkan saya tersenyum, peminat di Perancis tentunya gembira, sekiranya saya dan Nicolas Anelka menyertai kelab mereka.

‘‘Ketika perlawanan tersebut, penyokong mereka cuba untuk memberikan tekanan kerana tahu kemampuan pemain seperti saya boleh membahayakan pasukan mereka,’’ kata Malouda, yang juga pemain kebangsaan Perancis.

Drogba, Drogba kini, Drogba terkini, Drogba terbaru, Drogba baru, Drogba skandal, gambar Drogba, foto Drogba, video Drogba, biografi Drogba, sejarah Drogba, web Drogba, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia