Djokovic, Nadal bertemu di final Terbuka AS

Djokovic, Nadal bertemu di final Terbuka AS

NEW YORK – Novak Djokovic dan Rafael Nadal akan bertemu pada final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat buat tahun kedua berturut-turut.

Kedua-dua pemain ini menempah slot ke final selepas memenangi aksi separuh akhir yang dikejutkan dengan beberapa insiden di luar dugaan di Flushing Meadows kelmarin.

Djokovic membuktikan kehebatannya apabila menyelamatkan dua mata akhir untuk bangkit bagi menewaskan Roger Federer dengan lima set, 6-7 (7/9), 4-6, 6-3, 6-2, 7-5 di Stadium Arthur Ashe.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Nadal yang menampilkan corak permainan menyakinkan sepanjang kejohanan ini menumpaskan pemain Britain, Andy Murray 6-4, 6-2, 3-6, 6-2.

Kemenangan tersebut telah menemukan semula dua pemain terbaik di dunia itu, sekali gus mengulangi pertemuan pada final Terbuka AS tahun lalu.

Nadal dari Sepanyol menewaskan Djokovic pada final tahun lalu untuk menambah gelaran Grand Slam tetapi pemain Serbia itu memiliki kelebihan tahun ini.

“Saya tewas kesemua lima perlawanan terakhir menentang dia (Djokovic), lima final,” kata Nadal.

“Sudah tentu dia menjadi pilihan pada final dan saya sedar saya perlu melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum ini untuk mencuba dan menukar situasi itu.”

Bagi Djokovic yang telah memenangi dua gelaran Grans Slam tahun ini di Terbuka Australia dan Wimbledon, mara ke final selepas dipaksa bekerja keras untuk menewaskan Federer.

“Ia adalah sukan di mana, seorang pemain menang dan seorang lagi kalah,” kata Djokovic.

“Kami perlu berkata, apa faktor yang menjadikan kamu lebih kuat.

Djokovic, Nadal, bertemu, final, Terbuka, AS, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, pemain, menempah, slot, final, selepas, memenangi, aksi, separuh, akhir, insiden, luar, dugaan, Flushing, Meadows, Stadium, Arthur, Ashe