Detik memalukan Torres

Detik memalukan Torres

MANCHESTER – Daripada dipuji, Fernando Torres akhirnya dikeji apabila terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketika berdepan Manchester United yang menyaksikan Blues kalah 1-3 kelmarin.

Torres hanya mampu meledak dua gol untuk Chelsea sejak berpindah dari Liverpool Januari lalu menerusi rekod perpindahan tertinggi di Britain.

Jaringan pertama yang diperoleh Torres pada perlawanan kelmarin dijelmakan pada babak kedua minit ke-46 selepas memperdaya penjaga gol, David de Gea, ketika United mendahului 3-0 pada babak pertama lagi.

Ketika Ramires menghantar bola kepada Torres untuk mendapatkan jaringan, penyerang Chelsea itu dilihat sudah hampir pasti dapat menjaringkan gol apabila berupaya mengelecek penjaga gol David de Gea.

Namun peluang mudah di hadapan pintu gol United yang terbuka luas gagal dimanfaatkan, apabila pemain itu seolah-olah tidak mampu mengawal bola sehinggakan percubaannya tersasar, menyebabkan Torres diejek hampir 75,000 penjaga gol, David de Gea

Kini tiada cara untuk Chelsea mengembalikan peluang tersebut namun boss Blues, Andre Villas-Boas enggan menyalahkan pemain itu sebaliknya beranggapan kesilapan Torres tidak seteruk ketika Wayne Rooney gagal menyempurnakan penalti pada awal perlawanan.

“Contoh terdekat ialah Rooney yang gagal menjaringkan penalti. Itu adalah kesilapan paling buruk buat seorang penyerang bertaraf dunia, juga buat pasukan,” kata Villas-Boas.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson berpendapat kesukaran Torres untuk menghasilkan jaringan disebabkan dia belum memperoleh rentak.

“Torres memerlukan masa untuk mendapatkan jaringan. Sungguh teruk apabila dia tidak dapat mendapatkan gol dan dia memerlukan masa untuk itu,” jelas Ferguson.

Detik, memalukan, Torres, MANCHESTER, puji, Fernando Torres, terlepas, peluang, keemasan, gol, ketika, berdepan, Manchester United, menyaksikan, Blues, kalah, Torres, mampu, meledak, dua, gol,  Chelsea, sejak, berpindah, Liverpool, Januari, rekod, perpindahan, tertinggi, Britain, penjaga, gol, David de Gea, penjaga gol, David, de, Gea, Rooney, penalti, Blues, kalah, penyerang, bertaraf, dunia, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv