Crouch mahu ‘musnahkan’ Liverpool

Crouch mahu ‘musnahkan’ Liverpool

LIVERPOOL – Peter Crouch akan bertemu semula bekas rakan sepasukannya ketika di Liverpool apabila dia membuat penampilan sulung bersama pasukan baru, Stoke City yang bakal menentang Reds dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Bagaimanapun, tiada sambutan hebat akan diberikan penyerang tinggi lampai England itu, yang bertekad untuk membantu Stoke melebarkan rekod tanpa kalah ke atas Liverpool dalam saingan di Stadium Britannia.

Liverpool mengharungi permulaan musim yang mantap dengan mencatat dua kemenangan selesa ke atas Arsenal dan Bolton dalam perlawanan terakhir mereka, sebelum saingan liga berehat hujung minggu lalu bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Bagaimanapun pengurus mereka, Kenny Dalglish sedar Stoke tidak pernah kalah kepada pasukannya sepanjang era Liga Perdana di tempat lawan dan Crouch mahu memberikan impak sulung bersama kelab bergelar Potters itu untuk menceriakan penyokong mereka sejak tiba dari Tottenham.

“Saya sedar daripada seorang pemain yang tidak disenangi di sini kerana beraksi menentang Stoke, saya kini menjadi sebahagian daripada mereka. Ia situasi baru yang sukar disesuaikan, namun saya kena percaya kepada diri sendiri bahawa kami akan memenangi perlawanan ini.

“Liverpool datang dengan perubahan besar musim ini dan berjaya membentuk pasukan yang amat mantap, mereka memulakan musim dengan memberangsangkan. Pemain-pemain Reds beraksi baik di bawah kendalian Kenny, mereka tampak amat bahaya di bahagian serangan.

“Bagaimanapun, apabila saya melihat dalam bilik persalinan kami, Stoke juga mempunyai beberapa pemain hebat. Harap saya akan membayar kepercayaan mereka dengan persembahan cemerlang di atas padang.

“Saya akan mengeluarkan semuanya… semua yang saya ada untuk memberi persembahan terbaik, termasuk menentang bekas pasukan saya, Liverpool,” ujar Crouch, yang menyertai Stoke dengan yuran perpindahan 10 juta pound (RM48 juta).

Crouch dijangka beraksi dalam kesebelasan utama malam ini, namun seorang lagi pendatang baru kelab, Wilson Palacios tidak pasti dapat diturunkan kerana cedera lutut.

Crouch, mahu, musnahkan, Liverpool, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan, Ratu, Cantik, Colombia, Peter, Crouch, Liverpool, penampilan, sulung, baru, Stoke City, menentang, Reds, saingan, Liga, Perdana, Inggeris, hari, ini,England, bertekad, membantu, Stoke, rekod, Liverpool, Stadium, Britannia, Tottenham, Reds, cedera, lutut, Stoke, Reds