City tawar RM106j untuk Nasri

City tawar RM106j untuk Nasri

LONDON – Manchester City bersedia untuk membuat tawaran bernilai 22 juta pound (RM106 juta) bagi mendapatkan Samir Nasri dalam tempoh 48 jam akan datang.

Sumber rapat kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, City akan membuat satu tawaran yang ‘diterima atau lupakan’ untuk pemain tengah Perancis itu.

Akhbar Britain SunSport semalam melaporkan, kini terdapat kemungkinan besar boss Gunners, Arsene Wenger dan ahli lembaga kelab bersedia menerima hakikat mereka bakal kehilangan bintang yang menjadi rebutan itu.

Pegawai City memberitahu, mereka menerima petanda menggalakkan bahawa Arsenal akhirnya terpaksa akur untuk melepaskan Nasri, biarpun dengan berat hati dan bersedia menandatangani perjanjian.

Laporan mengatakan bahawa perjanjian mungkin akan ditandatangani seawal hujung minggu ini, bermakna Nasri tidak sempat untuk beraksi pada perlawanan Perisai Komuniti, Ahad ini yang menemukan City dan Manchester United, yang turut berminat untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu.

Arsenal kini berdepan pilihan sama ada menyambar tawaran lumayan untuk mendapatkan Nasri atau bakal kehilangan pemain Perancis itu secara percuma apabila kontraknya berakhir tahun depan. Ketika ini, Nasri nyata tidak gembira bersama Gunners.

Oktober lalu, Nasri menegaskan dia bersedia menandatangani kontrak untuk kekal di Emirates tetapi dengan mengemukakan syarat baru, iaitu gaji mingguan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, memandangkan tiada sebarang perkembangan mengenai tuntutan yang dikemukakan kepada Arsenal, dia seperti bersedia menyertai City dengan gaji 125,000 pound (RM603,400) seminggu, 10,000 pound (RM48,000) lebih banyak daripada yang ditawarkan Arsenal atau United.

City tawar berita, City tawar berita asia, City tawar berita baru, City tawar berita bf1, City tawar berita bulan, City tawar berita dunia, City tawar berita foto, City tawar berita gambar, City tawar berita luar negara, City tawar berita harian, City tawar berita indon, City tawar berita indonesia, City tawar berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, untuk, nasri, city, tawar, city tawar, rm106j, tawar rm106j, gaji, united, seminggu