City gagal atasi kemarau 29 tahun Piala Liga

City gagal atasi kemarau 29 tahun Piala Liga

City gagal atasi kemarau 29 tahun Piala Liga

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Roberto Mancini tetap optimis, walaupun pasukannya tewas 3-1 kepada Manchester United, kelmarin dan terlepas peluang melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Liga buat kali pertama selepas 29 tahun menanti.

Kemenangan ini membolehkan United menebus kekalahan 1-2 kepada City pada separuh akhir pertama dua minggu lalu.

”Kekalahan ini memang amat mengecewakan pemain. Saya simpati dengan mereka dan penyokong kerana kami menyasarkan untuk layak ke perlawanan akhir.

”Sekarang tumpuan kami adalah untuk berada pada empat kedudukan teratas Liga Perdana.

“Dengan kepulangan semula pemain-pemain utama seperti Kolo Toure, Emmanuel Adebayor dan Joleon Lescott, jadi, saya fikir sasaran empat terbaik amat cerah.

”Saya percaya, kekalahan kepada United memberi pengajaran berguna. Memang mudah untuk meningkatkan permainan jika anda menang tetapi jika kalah, anda mesti melakukan sesuatu.

”Kami perlu bekerja lebih keras untuk dua atau tiga bulan berikutnya, dan menamatkan persaingan sebagai empat pasukan terbaik, malah, kami juga masih bersaing dalam Piala FA.

”Ia amat penting jika pemain mampu mempertahankan maruah diri dan mereka telah pun beraksi baik dalam dua perlawanan sebelum ini,” kata Mancini.

City tidak pernah layak ke pertemuan akhir dalam mana-mana kejohanan utama sejak tewas kepada Tottenham pada final Piala FA 1981.

Kelab, yang berbelanja besar sejak musim lalu untuk mendapatkan sentuhan pemain-pemain terbaik dunia, tidak pernah menjuarai trofi Liga Perdana sejak 1976.

City kini akan cuba bangkit apabila bertemu Stoke City di tempat sendiri pada pusingan kelima Piala FA.

Mancini hampir pasti tidak akan melibatkan Robinho dalam perancangannya selepas penyerang Brazil itu membuat keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut ketika menentang United.

”Saya ada bercakap dengan Robinho semalam dan beritahu dia boleh bermain bersama Santos, atau mana-mana kelab lain kerana kami tidak mahu mengambil risiko ke atas nya,” jelas jurulatih dari Itali itu.

City gagal, City gagal kini, City gagal blog, City gagal terbaru, City gagal baru, City gagal berita, gambar City gagal, foto City gagal, video City gagal, biodata City gagal, biografi City gagal, sejarah City gagal, web City gagal, City gagal terkini, City gagal terbaru, City gagal penting, City gagal dunia, City gagal City gagal, City gagal malaysia, City gagal melayu, City gagal indon, City gagal indonesia, City gagal kl, City gagal tv,, City gagal gay, City gagal artis, City gagal hiburan, City gagal sukan, City gagal ekonomi, City gagal sains, City gagal teknologi, City gagal kesihatan, City gagal sejarah, City gagal politik, City gagal bf1, dunia, City gagal, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi