Chong Wei masih kekal No. 1

Chong Wei masih kekal No. 1

KUALA LUMPUR – Walaupun kalah kepada seteru utama, Lin Dan dan gagal menjulang Kejuaraan Dunia minggu lalu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei masih mengekalkan kedudukan No. 1 dunia pada ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

Kemenangan 20-22, 21-14, 23-21 ke atas Chong Wei di Arena Wembley, London belum cukup untuk membantu Lin Dan merampas kembali takhta dunia yang terlepas di tangan jaguh negara itu sejak hampir tiga tahun lalu apabila terpaksa berpuas hati menghuni tangga kedua dengan 84,066 mata, 14,931 mata ditinggalkan Chong Wei.

Lin Dan menakluk ranking dunia pada 2006, sebelum tempatnya dirampas oleh Chong Wei pada September 2008, pada tahun dia berjaya merangkul pingat emas Sukan Olimpik di Beijing selepas mengalahkan pemain Malaysia itu pada perlawanan akhir.

Pemain muda China, Chen Long pula masih mampu melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat, sekalipun mengalami kekalahan mengaibkan kepada pemain tidak ternama Guatemala, Kevin Cordon pada pusingan pertama Kejohanan Dunia manakala tempat ketiga kekal milik jaguh Denmark, Peter Hoeg Gade.

Kejutan besar yang dilakar Cordon hingga melangkah ke suku akhir, membolehkan pemain itu menerima kenaikan sembilan tangga ke ranking 25 dunia. Jaguh Indonesia, Taufik Hidayat kekal di tangga kelima, diikuti Chen Jin (keenam), Nguyen Tien Minh dari Vietnam (ketujuh) dan pemain muda China, Du Pengyu, kelapan.

Jaguh Jepun, Sho Sasaki menikmati kenaikan tiga anak tangga ke tempat kesembilan dan Boonsak Posana dari Thailand, naik satu anak tangga ke kedudukan ke-10. Jaguh veteran negara, Wong Choong Hann kekal di tempat ke-43 dunia, namun Muhammad Hafiz Hashim terkeluar daripada kelompok 50 terbaik dunia dengan menghuni ranking 53, jatuh tiga anak tangga.

Aksi hambar pada Kejohanan Dunia lalu menyaksikan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengalami kejatuhan satu anak tangga untuk menghuni ranking kelima, kedudukan mereka sebelum ini dirampas Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong, pasangan Korea yang menundukkan beregu utama negara itu pada suku akhir, minggu lalu.

berita penting, berita politik, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, berita awas, berita baru, berita bf1, berita bulan, beritadunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kini, berita kl, berita maju, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, Chong Wei, masih, kekal, Lin Dan, Kejuaraan, Dunia, minggu, lalu, negara, Datuk Lee Chong Wei, ranking, Persekutuan, Badminton Dunia, (BWF) Kemenangan, Chong, Wei, Arena Wembley, London, Lin Dan, kembali, hampir, tiga, tahun, lalu, berpuas, hati, tangga, kedua, Chong Wei, Guatemala, Kevin Cordon, ranking, kelima, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong