Chelsea sedia pinjamkan khidmat Torres

Chelsea sedia pinjamkan khidmat Torres

LONDON – Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan kepada kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri kemarau gol yang dialaminya.

Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.

Keputusan itu dibuat sendiri oleh pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas dalam usaha mengembalikan semula prestasi sebenar Torres.

Sebagai rekod, Torres hanya mampu meledak satu gol bersama Chelsea sejak dia dibawa masuk dari Liverpool dengan rekod yuran perpindahan termahal bernilai £50 juta (RM243.9 juta) awal tahun ini.

Situasi tersebut sekali gus telah menghadirkan kebimbangan buat Villa-Boas jika Torres terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dan hanya diletakkan di bangku simpanan.

Bagaimanapun, Villa-Boas akan terus memantau perkembangan Torres sehinggalah pintu perpindahan pemain dibuka semula pada Januari tahun depan sebelum membuat keputusan sama ada meminjamkan penyerang antarabangsa Sepanyol itu kepada kelab lain ataupun sebaliknya.

Buat masa ini, Chelsea tidak ada perancangan untuk menjual Torres kerana prestasi hambarnya telah menyebabkan nilainya jatuh di pasaran pemain.

Chelsea, sedia, pinjamkan, khidmat, Torres, LONDON, Bintang, sensasi, Chelsea, Fernando Torres, bakal, pinjamkan, kelab, Januari, depan, masih, gagal, mengakhiri, kemarau, gol, kelab, beraksi, saingan, Liga, Sepanyol, skuad, The Blues, meminjamkan, Torres atlet, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, biodata Chelsea, biografi Chelsea, Chelsea, Chelsea baru, Chelsea kini, Chelsea skandal, Chelsea terbaru, Chelsea terkini, dunia, elak, foto, foto Chelsea, gagal, gambar, gambar Chelsea, hadiah, hari ini, harian, indon, indonesia