Chelsea menang nasib

Chelsea menang nasib

LONDON – Chelsea mengharapkan tuah untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga pada awal pagi semalam.

Skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu mencatat kemenangan 4-3 ke atas Fulham menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stamford Bridge.

Chelsea ditimpa malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Brazil, Alex telah dibuang padang pada masa kecederaan babak pertama, sekali gus menghadiahkan sepakan penalti kepada Fulham.

Bagaimanapun, Pajtim Kasami gagal menyudahkan peluang tersebut apabila bola terkena palang gol dan memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Frank Lampard gagal menyudahkan sepa- kan pertama skuad The Blues tetapi mereka bernasib baik apabila Moussa Dembele dan Bryan Ruiz turut melakukan kesilapan tersebut.

“Semua orang melihat antara satu sama lain tertanya-tanya sama ada ia sudah gol atau tidak tetapi penjaga garisan berada di sana mengesahkan gol itu dan ini keputusan yang baik,” kata Villas-Boas.

Sementara itu, pengurus Fulham, Martin Jol berkata: “Untuk berlaku adil, saya tidak melihatnya.

“Seseorang sedang berdiri di depan saya dan kemudian saya melihat dia (Ruiz) pergi ke arah penjaga gol dan saya tahu bahawa dia sudah terlepas.”

Kemenangan Chelsea itu turut memperbaiki rekod kekalahan mereka selepas mela- kukan tujuh sepakan penalti daripada lapan percubaan sebelum ini.

Pada aksi awal pagi semalam, Salamon Kalou hampir membuka jaringan pada babak pertama tetapi rembatannya tersasar jauh selepas percubaan penyerang Belgium, Romelu Lukakku berjaya diselamatkan.

Wosh McEachran yang membuat penampilan pertama bersama skuad The Blues bijak menghantar bola kepada Daniel Sturridge yang menewaskan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer tetapi gol tersebut dibatal- kan kerana dia berada dalam kedudukan of- said.

Penjaga gawang Chelsea, Ross Turnbull muncul wira apabila berjaya mengagalkan sepakan Moussa Dembele untuk mara ke pe- ringkat seterusnya.

Chelsea, menang, nasib, LONDON, Chelsea, mengharapkan, tuah, mara, pusingan, keempat, Piala, Liga, awal, pagi, semalam, Skuad, bimbingan, Andre Villas-Boas, mencatat, kemenangan, atas, Chelsea bermain, pemain, pertahanan, Brazil, Alex, padang, kecederaan, babak, pertama, menghadiahkan, sepakan, penalti, Fulham, menerusi, penentuan, sepakan, penalti, pasukan, terikat, jaringan, Stamford, Bridge, Pajtim, Kasami, palang, gol, perlawanan, menerusi, sepakan, penalti, Frank, Lampard, sepakan, pertama, skuad, The, Blues, berita sukan, berita asia, berita terkini, berita antarabangsa