Chelsea kembali rampas teraju Liga Perdana

Chelsea kembali rampas teraju Liga Perdana

Chelsea kembali rampas teraju Liga Perdana

LONDON – Chelsea kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana England, selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan berprestasi baik, Birmingham di Stamford Bridge, kelmarin.

Dua jaringan Frank Lampard membantu pasukan bimbingan Carlo Ancelotti mengakhiri rekod cemerlang Birmingham yang belum pernah kalah dalam 15 perlawanan.

Selain itu, keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan oleh Arsenal pada pertemuan di Aston Villa, mengukuhkan lagi kedudukan Chelsea di puncak liga.

Skuad Blues memberi petanda awal bakal memenangi perlawanan apabila mengawal permainan sejak babak awal lagi.

Kelab terkemuka England itu mendahului lawan, apabila Florent Malouda menanduk masuk bola hantaran silang Joe Cole pada minit kelima.

Ketika perlawanan menuju minit ke-30, tandukan Ricardo Carvalho disempurnakan oleh Lampard untuk kedudukan 2-0.

Birmingham mungkin boleh mengubah rentak perlawanan, jika James McFadden tidak mensia-siakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Lampard, sekali muncul sebagai penjaring skuad Blues apabila menjaringkan gol ketiga pasukannya, sekali gus memastikan kedudukan pendahulu Liga Perdana milik mereka.

Selain selesa berada di tangga teratas liga dengan kurang satu perlawanan, Chelsea juga memiliki bonus kerana memiliki jumlah perbezaan gol yang lebih besar.

Pasukan bimbingan Ancelotti itu, kini berkelebihan satu mata di hadapan pencabar utama, Manchester United.

Chelsea, Chelsea kini, Chelsea blog, Chelsea terbaru, Chelsea baru, Chelsea berita, gambar Chelsea, foto Chelsea, video Chelsea, biodata Chelsea, biografi Chelsea, sejarah Chelsea, web Chelsea, Chelsea terkini, Chelsea terbaru, Chelsea penting, Chelsea dunia, Chelsea Chelsea, Chelsea malaysia, Chelsea melayu, Chelsea indon, Chelsea indonesia, Chelsea kl, Chelsea tv,, Chelsea gay, Chelsea artis, Chelsea hiburan, Chelsea sukan, Chelsea ekonomi, Chelsea sains, Chelsea teknologi, Chelsea kesihatan, Chelsea sejarah, Chelsea politik, Chelsea bf1, dunia, Chelsea, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi