Chelsea berhak juara – Lampard

Chelsea berhak juara – Lampard

Chelsea berhak juara – Lampard

LONDON – Frank Lampard menyifatkan kejayaan memenangi trofi Liga Perdana England, Ahad ini sama hebat seperti mana kejayaan Chelsea menjulang dua kejuaraan di bawah bekas pengurus, Jose Mourinho.

Menurut Lampard, Chelsea memang berhak untuk bergelar juara, sebagai ganjaran selepas mengharungi musim sukar.

”Musim ini sudah sampai ke kemuncaknya. Menang dua kejuaraan di bawah Jose Mourinho, terutama pada tahun pertama, ia satu perasaan yang menakjubkan dan sensasi.

”Namun, kali ini dengan turun naik persembahan yang kami alami, selepas mencapai tahap terendah pada musim ini, bersama-sama menempuhnya… Jadi untuk mencapai kejuaraan, ia pastinya sesuatu yang hebat.

”Kini kami sudah semakin hampir untuk memenanginya,” katanya.

Lampard berkata, beberapa perlawanan sebelum ini menyaksikan Carlo Ancelotti hampa, khususnya selepas Chelsea tersingkir dari Liga Juara-Juara dan akibat daripada keputusan seri di Blackburn.

Namun, ia telah membangkitkan semangat pemain untuk memberi sinar kepada kelab.

Menang di Liverpool, Ahad lalu memastikan Chelsea yang akan beraksi pada hari terakhir liga, menyedari kemenangan akan memberikan mereka kejuaraan pertama selepas empat tahun.

Chelsea juga akan beraksi pada perlawanan Piala FA menentang Portsmouth.

Lampard berkata, Chelsea memang berhasrat untuk merebut peluang kejuaraan yang terhidang.

”Kami mengalami saat di mana kami keciciran mata dan berdepan banyak kali saat-saat sukar.

”Tiada yang lebih perit daripada kalah kepada Inter Milan dan kemudian seri di Blackburn.

”Namun, kami sentiasa memiliki semangat yang hebat. Kami faham apa yang harus dilakukan.

”Mulai saat itu kami mula bertindak balas, sehingga kami berjaya meletakan pasukan ini pada kedudukan sekarang, ketika baki satu perlawanan.

”Jika kami beraksi dengan baik, kami memang berhak memenanginya,” kata Lampard.

Kejutan yang berlaku pada pertengahan Mac lalu menyebabkan pemilik kelab Roman Abramovich amat kecewa.

Ancelotti kemudiannya pantas menilai mengapa skuadnya yang gah pada Januari, secara tiba-tiba merudum.

Chelsea menang tujuh daripada lapan perlawanan pertama, selepas seri 1-1 di Ewood Park. Saya memang tidak pernah terfikir bahawa kami sudah pun kehilangan kejuaraan liga, selepas seri di Blackburn.

”Cuma, ia satu keadaan di mana anda memang tidak mahu ia berlaku, ketika kami dilihat sebagai pemenang.

”Kami tidak merasai keyakinan sebegitu. Pemain menyimpan perasaan dalam hati mereka, di mana ini membenarkan kami sama-sama berjuang,” kata Lampard.

Sementara itu, pengurus Wigan, Roberto Martinez, berkata, pasukannya akan bersaing di Stamford Bridge ‘demi kebaikan sukan bola sepak’.

Wigan beraksi tanpa Chris Kirkland, Titus Bramble dan Marcelo Moreno, juga kemungkinan Charles N’Zogbia.

Mereka tidak pernah menang di London dalam 19 percubaan sejak Disember 2006.

Musim ini, mereka melepaskan sembilan gol di White Hart Lane dan empat gol di Stadium Emirates.

Namun, mereka mengalahkan Chelsea di Stadium DW, September lalu dan mengalahkan Arsenal 3-2 bulan lalu.

”Ia cabaran yang amat besar. Tidak ramai yang menjangkakan kami mampu menang, tetapi kami akan pastikan aksi yang terbaik mungkin,” kata Martinez.

Tambahnya, Wigan tidak pernah mengharungi perlawanan dengan sasaran untuk seri.

”Namun ini bukan perlawanan yang sukar buat Wigan sahaja, tetapi ia juga sukar buat mana-mana pasukan dalam Liga Perdana.

”Kami bukan beraksi demi Manchester United. Kami beraksi demi diri sendiri dan demi kebaikan sukan bola sepak.

”Bola sepak dunia akan menyaksikan perlawanan hujung minggu ini dan saya boleh beri jaminan, wujud keyakinan dalam skuad ini dan kami mampu bersaing dengan sesiapa sahaja.

”Kami sedar betapa sukarnya perlawanan itu nanti, namun kami akan ke sana untuk menang. Ia cabaran yang unik buat pemain kami,” katanya. – The Guardian

chelsea fc,  chelsea,  chelsea perlawanan, chelsea tiket,  chelsea bolasepak, chelsea pasukan,  chelsea pemain, chelsea sukan, chelsea berita, chelsea skuad,  chelsea gambar,  chelsea forum, chelsea kelab bola sepak, chelsea juara kumpulan, chelsea tv,  chelsea kemeja, chelsea menonton, chelsea terkini, chelsea video,  chelsea hidup, chelsea wallpaper, perlengkapan chelsea,chelsea terbaru,  Chelsea hotel , chelsea baru,chelsea blog, berita chelsea, permainan chelsea, pelancongan chelsea, pendaftaran chelsea, skor chelsea, chelsea pasukan bola sepak, pengurus chelsea, chelsea muzium, chelsea eropah, chelsea dunia, chelsea piala fa, chelsea