Capello resah England tempang

Capello resah England tempang

Capello resah England tempang

LONDON – Persiapan Fabio Capello untuk perlawanan pembukaan England dalam kelayakan Euro 2012 menerima tamparan selepas Peter Crouch, Phil Jagielka dan dua penjaga gol simpanan, tidak menyertai latihan semalam, kerana kecederaan.

Capello terdesak untuk bermula positif dalam kempen Euro 2012, selepas aksi hambar England pada Piala Dunia.

Namun, dia kin resah kerana dibelenggu masalah kecederaan pemain, menjelang perlawanan menentang Bulgaria di Wembley Jumaat ini dan di Switzerland, Selasa ini.

Penyerang Tottenham, Crouch tidak menjalani latihan kerana cedera belakang, sementara pemain pertahanan Everton, Jagielka terpaksa diketepikan kerana cedera buku lali, ketika bermain dengan kelabnya menentang Aston Villa, Ahad lalu.

Capello kian bimbang kerana penjaga gol Birmingham, Ben Foster dan penjaga gol West Brom, Scott Carson juga tidak hadir pada sesi latihan pertama.

Foster mengalami kecederaan lutut, sementara Carson mempunyai masalah pada belakang badan.

Penjaga gol Manchester City, Joe Hart bersedia untuk menjadi pilihan No. 1 Capello bagi perlawanan kelayakan, tetapi England terpaksa meminta Arsenal menghantar penjaga gol muda mereka yang berusia 19 tahun, James Shea bagi memastikan skuad itu mempunyai dua penjaga gol ketika berlatih.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak (FA) England menegaskan, mereka tidak akan memanggil mana-mana pemain lagi untuk menyelesaikan masalah kecederaan skuad tersebut.

Jika Jagielka gagal pulih menjelang perlawanan Jumaat ini, Capello perlu memikirkan semula strateginya, dengan menggandingkan bekas pemain Sheffield United itu dengan Michael Dawson di bahagian pertahanan tengah.

Matthew Upson, yang beraksi buruk pada Piala Dunia, Joleon Lescott atau Gary Cahill akan bersaing untuk melengkapkan posisi tersebut.

Kecederaan Crouch mengurangkan pilihan Capello di bahagian serangan.

Namun, Capello menamakan lima penyerang iaitu Wayne Rooney, Jermain Defoe, Carlton Cole dan Darren Bent.

Capello, Capello kini, Capello terkini, Capello terbaru, Capello baru, Capello skandal, gambar Capello, foto Capello, video Capello, biodata Capello, biografi Capello, sejarah Capello, web Capello, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia