Buru kemenangan pertama

Buru kemenangan pertama

BUCHAREST – Manchester United memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara apabila menentang kelab Romania, Otelul Galati hari ini.

Skuad Alex Ferguson seri dalam perlawanan awal peringkat kumpulan dengan Benfica dan Basle.

United memerlukan jaringan babak akhir Ashley Young untuk berkongsi mata dengan Basle, selepas United mempersia-siakan kelebihan mendahului dua gol.

Naib juara 2011 itu tetap menjadi pasukan pilihan untuk mara dari Kumpulan C dan pemain United, Rio Ferdinand yakin untuk memastikan tiga mata ke atas Galati.

Kelab Romania itu yang pertama kali layak ke kejohanan tersebut, kalah dalam dua perlawanan awal dan mungkin berdepan skuad United yang ‘kembali segar’ selepas Ferguson tidak menurunkan Wayne Rooney, Nemanja Vidic, Nani, Javier Hernandez, Anderson dan Antonio Valencia dalam kesebelasan pertama ketika seri 1-1 dengan Liverpool Sabtu lalu.

“Kami sepatutnya menang perlawanan di Basle tetapi tidak, namun inilah Liga Juara-Juara. Ia memberikan kami halangan.

“Kami beraksi di tempat lawan bukan dengan matlamat untuk seri. Kami mahu menang. Kali ini tiada bezanya,” kata Ferdinand.

Berikutan pertembungan derby dengan Man. City Ahad ini, Ferguson perlu membuat keputusan sama ada untuk menurunkan Rooney dalam skuad utama mengakui pemain England itu ‘musnah’ dengan penggantungan oleh UEFA.

Jika Rooney terus dipinggirkan, Ferguson mungkin beralih kepada Hernandez, yang sekali lagi menjadi hero apabila menjaringkan gol ketika menentang Liverpool.

Buru, kemenangan, pertama, BUCHAREST, Manchester United, memburu, kemenangan, pertama, Liga, Juara-Juara, menentang, kelab, Romania, Otelul Galati, Skuad, Alex Ferguson, seri, perlawanan, awal, peringkat, kumpulan, Benfica, Basle, Ashley Young, berkongsi, mata, Basle, United, mempersia-siakan, kelebihan, mendahului, dua, gol, Naib, juara, pasukan, pilihan, mara, Kumpulan, pemain United, Rio Ferdinand, memastikan, tiga, mata, Galati, Kelab, Romania, kejohanan, kalah, dua, perlawanan, awal, berdepan, skuad, United, kembali, segar, Ferguson, Wayne Rooney, Nemanja Vidic, Nani, Javier Hernandez, Anderson, Antonio Valencia, kesebelasan, pertama, ketika, Liverpool, Sabtu